belemoih


tajuk tak ada kaitan.

khamis yang menarik, hari ni.

pensyarah merangkap mentor kelas aku tak habis-habis bercerita. anekdot. kelakar dan lawaknya tu tak disangka. Allayarham Tun Ghafar Baba pun terlibat dalam ceritanya. Haduii. Yang penting gaya beliau bercerita memang umph habis!

petang,
walaweyh! Masuk kolam renang weh! *hahah sila perasan keterujaan di sini*

pertama-tama aku datang kolej ni, benda yang aku tak sabar nak tengok ialah kolam renang ni lah. Tapi yang aku berjaya nampak cuma papan tanda yang ada tulis macam ni,

Blok ..... (err masa ni la aku tak ingat pulak nama apa blok tu...)
  • Pusat sukan 
  • Kolam Renang
  • Stor Sukan
  • harap maaf, memori tak dapat menyokong visual yang dilihat sehari-hari
selebihnya, aku dah tak ingat.  yang penting aku nampak perkataan 'Kolam Renang' tu satu je (adeh..aku rasa agak kebengongan seketika, baik tak payah tulis yang lain-lain tu..)

takpe. the point is, kat situlah kolam renangnya. tapi aku tak nampak pulak bendanya. aku ingat dalam bangunan, kolam renang tertutup kut
rupa-rupanya, di balik bangunan itulah tersergam sebuah kolam renang berklorin yang cantik.
*intoxicated effects*

barulah tahu.
ok. jadi si wanita-wanita gagah berani disuruh untuk mula dahulu. mula-mula, pakai jaket keselamatan. (aku pelik jugak, apehal dalam kolam pun pakai benda ni kan? heheh, dah tak pandai berenang tu buat cara tak pandailah.)
instruktor suruh pakai ketat-ketat. *aww!*
oops! ketat-ketat barulah mengancam dapat terapung, dengan yakin.
dah sedia, masuklah dalam kolam tu, dalam sepuluh anak itik orang sekali. lepas tu, baring atas air. 
*weee!*


lepas tu, sauk (err.. ni pun aku lupa perkataan apa yang instruktor guna, sauk pun oklah) perlahan-lahan, bagi ada feeling hindustan sikit. walah! sebelum masuk kolam tu, punyalah berdebar macam jumpa pakwe masa date pertama kali. dah baring atas air tu, dah sauk satu dua kali, rentak dah dapat, (eceh, macamlah aku buat sempurna dan setenang yang digambarkan) rasa macam seronok sangat. macam heaven! tambah pulak langit cantiiiiik sangat. 

tengah syok feeling ala bollywood, boleh pulak berlaga dengan orang sebelah, yang mesti feeling terlebih lagi. terkejut, sampai lari tune masa berenang (bersauk, untuk lebih tepat) tu. takpe takpe. bertenang kembali. aku kembali kepada feeling tadi. dah dapat rhythm balik, aku sauk lagi dan lagi. sekali, 

PAAAPP!
terhantuk dengan dinding kolam tu. adeh."la, dah habis ke kolam ni?"
aku cover baik punya. bangun dari air tu, sopan-sopan sikit. 
rasa macam tak nak keluar je dari kolam tu. nak main puas-puas. best! 


lepas si wanita lembut gemalai punya giliran, lelaki pulak. masing-masing macam nak bertanding untuk Olimpik Junior. ye lah, banyak mata tengok, mana boleh kalah kan.. eceh. *ok, no offence guys, nanti kena tembak pulak*

Bahagian yang paling seronok selepas yang dah disebutkan di atas ialah bila aku tengok kawan-kawan aku yang berkerut seribu bila dengar ada sesi berenang petang tu (sebab bila berenang baju basah, bila baju basah dia melekat-lekit pulak, bila dia melekit-lekit dia...) enjoy dan senyum lebar-lebar, tanpa kerut dan kedut seribu kat dahi  :)

coretan : tapi tak boleh gembira sangat. aku terbaca satu entry, seorang wanita sudahpun dijemput Ilahi. aku tertumpu pada ayat si penulis blog bila aishah menulis,
Kalau tak mati, macam mana nak jumpa Tuhan?
betul. terima kasih Allah, kerana beri aku peluang gembira di sini. harap di sana pun ada sinar untukku. kami semua.




4 bombings:

FCUTEAM said...

betul tu.. kalau tak mati, camne nak jumpa tuhan.. ^__^





Aiz latest entry
Ketika bercinta monyet waktu zaman persekolahan

mama ju said...

Gelak mama baca. Nanti boleh sambung cerita

Yalah ayat akhir tu meningatkan kita kepada pencipta kita.Ya kita semua berharap ada sinar utk kita di sana. Amin.

jari | jemari said...

aiz: powerkan ayat tu?
mama: hehe

Anonymous said...

>>______<<

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.