sem ni, semua benda aku merasa - jadi photographer, painter, sculptor, editor, story teller etc.
walaupun konon-konon, tapi feeling tu dah ada.
sebab assignment-assignment aku.
satu subjek ni aku kena ambik gambar yang memenuhi kehendak kriteria assignment lah.
masalah utama: tak dak sorang pun dalam kelas aku yang mahir menggunakan dslr (lecturer suruh kitorang belajar sendiri wuuuu)
masalah #2 : kamera pun tak dak
masalah #3 : nervousness - ada gaya ke nak siap assignment niiiiii, dah la tak tau, dah la tak reti, dah la itu dah la ini (reka alasan sendiri)
masalah #4 : masa tak, masa tak menunggu, masa tak menunggu kita (tau tak ni lagu apa? ehehe)
atas ihsan ibuku (muah muah), kamera berjaya didapatkan.
bapak payah belajar dari buku. entah hapa tah jadi. aku ada jugakla terngiang-ngiang adik aku cakap pasal shutter speed la, iso la bla bla dia rajin bab-bab cenggini. tanya-tanya kawan yang terer. apply la apa yang patut, nampak macam jadi, tapi jap lagi terus tak jadi balik. asdakfklsgnk!
untuk memilih satu gambar yang memuaskan hati (saja, bukannya perfect ke apa ke), berpuluh, mungkin beratus gambar kitorang snap.
asalkan nampak teknik, kena theme, layan lah, due date tidak menunggu.
sila menyelami kehidupan kami, bahawa kami bukanlah major (mahupun minor) jurusan photography *nangis
so pada hari submission, group aku group first pi hantar. (nampak tak stress sangat, tak sanggup nak buat lagi dah) and boleh pulak kena review dan-dan tu jugak.
fuh section photography kena reject kaw-kaw sehhh. head of dept pun siap komen perspektif tak kena, subjek tak cukup, proportion dan term-term yang terasa cukup asing di telingaku yang amat noob ini.
'markah awak ni cukup-cukup makan pun tak lepas,' ujarnya sambil tertawa.
ouch!
harap selami sekali lagi bahawa kami bukanlah major (mahupun minor) jurusan photography *nangis lagi
kitorang pun decide untuk buat lagi sekali lagi pada hari tu jugak.
pinjam kamera dept, gila bapak berat canon d7 -kot, aku tak ingat (kerana buat noob, kamera yang hebat tidak memainkan peranan, lagi payah aku nak guna adalah).
mau patah jari aku snap gambar tak berhenti, tak guna tripod.
nasib member group aku semua cooperative tahap peh punya, walaupun sama-sama tidak arif huahua.
ni je la yang mampu |
uncle bangla jadi model jap. dia siap check gambar dia kat kamera kitorang |
this time, kitorang print cantik-cantik kat kedai betul (yang first time tu kena tipu wehh dia print guna printer biasa je wehhh). nasihat dan kritik dipasak dalam minda sebelum memilih gambar (jangan pelik tau, gambar yang dapat pun biasa je wehh asal memenuhi kriteria je, tak sempat nak berguru bagi gambar meletops).
ok submit.
nak dijadikan cerita, hasil assignment ni menang hadiah pulak (walaupun bukan photography). so dapat hadiah! duit sikit (buat cover travelling expanses and printing cost je pun T3T) and key chain from london.
rasa bahagia sikit bila tengok part photography dapat 18/20 hewhewhew.
jarang oi aku buat kerja renyah cenggini dapat markah tinggi, dengan tak tahu satu apa pun.
alhamdulillah.
banyak sangat yang aku kena belajar lagi.
0 bombings:
Post a Comment