situasi - bukan bunkface

situasi 1:

seorang budak laki pakai topi jenama entah apa tutup mulut makwenye yang memakai tudung litup ketika sedang bercakap. mungkin bergurau senda. manjalah konon, pada mereka. umur tak sampai 15 lagi aku kira. sikit lagi nak muntah.


situasi 2:

ada banyak burung. kakaktua, merpati, banyak lagi jenis-jenis aku dah lupa.ikan pun banyak, cantik. terumbu karang menawan hati jugak. yang paling menarik adalah arnab, comeelll sangat. gebu. bulu dia tebal. kalau peluk sedap ni, sebab arnab dia besar, macam teddy bear dah aku tengok. siap ada diskaun 50% pulak tu. nasib jugak poket kering, kalau tak mama boleh terkejut arnab pulak bila aku balik rumah. sekali pergi bahagian anjing, ada pulak budak berdua ni, terlebih kreatif. ambil satu menatang ni, yang kalau ditekan keluarlah bunyi hon yang sakit usus telinga mendengar. lagi bila anjing-anjing tak bersalah dengar, menyalak meraunglah. bising habis kedai.

blogger-emoticon.blogspot.com
situasi 3:

seorang wanita dalam lingkungan 30-an. cantik. muka berseri. wanita tersebut berpakaian baju kurung batik, (hari khamis kan...) bertudung labuh. kawan dia pun berbaju kurung, tapi tak bertudung. boleh tahan jugak fesyen yang akak tu angkat. aku fikir, bergaya akak ni kat rumah. tapi kat luar, dia steady je tutup aurat. tak ada pun nak tunjuk lebih-lebih dia tu cantik.


blogger-emoticon.blogspot.com
situasi 4:

sekumpulan gadis muda disertai seorang dua teruna berbual-bual. sakan. yang gadis-gadisnya memang sangat mesralah antara mereka. bergurau. kalau diorang lupa diorang kat pusat membeli-belah, mesti diorang dah berkejaran. kat situ pun diorang dah mula berlari-lari anak. ok masalahnya, hampir kesemua gadis tersebut memakai skirt paras lutut dan ke atas. aku takut tak manis je, kalau jatuh tertiarap. malu oi.


situasi 5:


ada budak umur dalam 3-4 tahun teruja dengan kereta api kat luar (dia di dalam salah satu kereta api, dia tak perasan lah tu kan?). menjerit kecil, dia pun tunjuk dekat adik dia yang rasanya setahun baru umurnya. adik dia lebih tertarik dengan mak cik cina yang duduk sebelah dia. mak cik tu cakap, "cantik kan?" kepada seorang mak cik yang lain, merujuk kepada pemandangan si abang tunjuk kereta api dekat adik. sekali, abang dia muka punyalah bengang. tak kasi adik dia tengok mak cik tu pun. gila melindungi adik budak ni!


situasi 6:

ada pak cik jual tudung bawal tepi jalan. ramai orang lalu-lalang tapi tak ada seorang pun beli. adik aku cakap, kesian dia, jual tudung yang dah tak laku, dah tak ikut trend. aku rasa, ada yang akan beli. cuma pak cik tu, aku tengok macam bukan gaya penjual. mungkin dia dulu seorang pekerja berjawatan tinggi, tiba-tiba kena pecat. mungkin jugak hari tu yang aku kesian tengok dia, sebenarnya dia bad mood. mungkin.


banyak benda-benda kecil sekeliling kita. buka mata lebih luas.

coretan : World Cup dah tersebar. nampaknya tok ayah dengan nenek kena tengok sekalilah, kalau dah berjangkit dekat aku.
blogger-emoticon.blogspot.com


2 bombings:

ara said...

apa kena mengena semua ni?huh..xfaham

jari | jemari said...

haha. tak ada kaitan pun lah.

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.