YEAY!
berjaya juga akhirnya misi destinasi bajet.
fakta bahawa Malaysia adalah satu negara yang sangat kaya dengan alam semula jadi memanglah dah lama melekat dalam otak aku.*hek eleh, semua orang pun tau*
tapi, selagi kita tak sampai kat tempat sekian-sekian tu, kita tak perasan pun. fakta tu tak meresap ke jiwa. macam aku, sampai kat tempat ni, barulah keluar dialog-dialog tertera,
"eh eh.seronoknya tempat ni! tak ada orang cerita pun."
"ramainya pelancong asing? apesal kita ketinggalan ni?"
"bahagianya kalau tinggal kat sini! hari-hari aku jogging ni!"
ok dialog yang terakhir tu agak-agaklah kan. tapi tercapai la hajat nak menikmati alam sekitar. ecewah.
masuk-masuk dah nampak puteri bunian. |
air terjun tu sangatlah menyeronokkan. tempat yang paling menarik, kat tengah-tengah, yang paling lekuk-lekuk itulah tempat kitorang bermandi-manda. siap boleh baring, tutup mata sambil air yang deras tu ala-ala bagi urutan manja gitu.peh. yang penting, percuma.
ramai jugak orang yang datang. rasa macam meriah habis.heh.
ramai jugak orang yang datang. rasa macam meriah habis.heh.
erk, kawan aku, Jawahir bersemangat tanya, " eh ada bawak shampu tak? sabun ke? "
merepeklah.
sekali, ada pulak seorang manusia ni pakai shampu rambut. cuci rambut dia kat tengah-tengah alam. selamba je.(tapi dalam gambar dia gosok tempat lainlah pulak..duhh. jadi aku rasa tak payahlah besar-besar gambar dia. heheh)
itu je niat aku, tak ada niat lain ye.
jadi lepas ni aku nak lepak kat FRIM Kepong je lah. tak pun hutan-hutan lain yang lebih mengujakan. tak payah keluar duit banyak sangat. haha.
coretan: kawan aku nak kahwin kat sini. bagus jugak kan Mimi? banyaaak tempat duduk.
0 bombings:
Post a Comment