adoi


dah lebih 3 minggu aku bercanda ria kat rumah. berbahagia hingga ke titik terakhir. sampai penat berbahagia. jadi, pada suatu pagi yang hening lagi bening, aku berazam mencari kerja.

dari dulu aku mengidam nak kerja kedai roti dan kek, atau salah satu daripada pilihan tersebut. kalau tanya kawan-kawan rapat aku, dorang dah dengar impian suci aku berkali-kali. sejak dari tingkatan empat aku berangan (eheh masa tu, kalau cuti sekolah, singgah kedai kek, makan seketul dulu baru balik rumah..balik sendiri bolehlah curi-curi makan. balik rumah baru cakap, "sedap mama kek tu!").jadi, tempat pertama aku jadikan sasaran semestinya kedai kek dan roti berhampiran, dekat Jusco.



aku pandang dari jauh, lah, tak nampak pun notis kedai tu nak pekerja. dah hampa dah. aku tak puas hati. jadi aku masuk dalam. tengok-tengok roti, cashier(ada kaitan dengan roti tak?), mesin roti, kek, nanti kempunan, masuk mimpi pulak. sekali, aku ternampak satu notis yang sangat menyeronokkan. 'Cake promoter full time/part time wanted'. tersenyum aku seorang diri. Aku syak ada sorang mak cik hairan tengok aku. Ala mak cik, cemburu ke tengok aku tersenyum manis? Aku tanya terus kat kaunter kek tu. Tapi orang yang aku tanya macam was-was, macam kurang keyakinan pasal kerja tu. Tak pe, esoknya, aku telefonlah Chow yang tertera namanya pada notis itu tadi.

Dengan jantung yang sedikit berdebar, aku menanti gagang telefon diangkat. "Helo. Ini Mr Chow ke?" aku tanya sebelum aku syok bercakap dengan orang yang salah, nanti dapat malu. Tapi, aku tetap juga malu walaupun aku dah tanya soalan tu. Sebab sebenarnya orang yang sedang bercakap tu Ms. Aku pun sampai lupa nak bezakan suara lelaki dengan perempuan. Haih.agak tolol.

Melalui perbualan telefon yang singkat tu, (aku agak tak lebih 3 minit 15 saat pun..), aku gubra. Belum apa-apa lagi, Ms Chow tu
macam dah naik suara. Perkataan macam sangat penting, jadi aku hitamkan, maksudnya mungkin dia naikkan suara atau mungkin itu pitching yang paling sesuai untuk dia berkomunikasi. "You kalau nak kerja sini, datang sini lah. Baru I boleh jumpa you. You kena datang sini lah," suaranya aku kira lantang sebab terngiang-ngiang kat telinga aku untuk sepanjang hari tu.

Aku datang lagi sekali kedai tu, tanya-tanya gaji pulak, dengan orang yang sama aku tanya hari tu. Lepas tu, aku telefon lagi sekali Ms Chow. Kali ni, Ms Chow lebih tenang. Lega. Tapi, Ms Chow tak terima jugak aku, sebab dia nak pekerja sepenuh masa pulak. Kempunan lah lagi.

Kedai seterusnya, kedai serbaneka. aku tak kisah. aku masuk dengan agak yakin. isi butiran diri, dah siap bercakap dengan bos dah. ok esok aku masuk kerja. gaji rm 500 campur rm100 (aku kurang faham kenapa bos tu kena asingkan gaji macam tu, jadi aku kira gaji aku rm500 je lah..), kerja 10 pagi sampai 10 malam. aku mengangguk, mengiyakan (aku tahu tak perlu sebab dalam telefon bukan boleh nampak aku angguk kencang macam mana pun kan?) ada lah pulak seorang pekerja kedai tu dia gelarkan dirinya 'akak'. akak tu tanya la sikit-sikit pasal aku. aku pun tanya lagi sikit-sikit balik kat akak tu. akak tu pun sempat tanya soalan yang haru, 'larat ke nak kerja kat sini ni?'. jawapan aku, 'bolehla, dari duduk rumah tak buat apa-apa'.ok. Esok aku mula kerja pukul 10 pagi! Semangat semangat!

Keesokannya, sebaik sahaja aku menjejakkan kaki keluar daripada tandas seusai mandi, aku tengok mak aku dah duduk-duduk dalam bilik aku. Mak aku pun mengeluarkan buah fikirannya. "Ma rasa tak berbaloilah, kerja 12 jam, gaji rm500. Buruh Indon (yang kebetulan sedang mengubahsuai rumah aku..) pun dapat lagi mahal. Abah pun fikir macam tu." Aku macam tak setuju lagi, senyap lah dulu. Sampai satu ayat, "kalau kakak nak duit, mintak je lah dengan abah. Kakak kerja ni nak duit kan? ", aku mula fikir dua kali.Itulah pucuk dan ulam yang dicita! Yelah, aku nak jalan-jalan pun tak berjaya, duit kering. 'Tapi ikut kakaklah," ayat konklusi Mama. Adoi.

Lalu, berakhirlah hari ini dengan aku tak pergi kerja. Adik aku balik sekolah sempat kutuk aku. Dalam tengah hari tadi, Abah boleh pulak goda aku pergi kerja balik. "Cubalah sehari ke dua hari ke seminggu ke. Larat ke seronok ke..." Tapi aku fikir aku dah lambat, aku pun tepis godaan itu sekali lagi. Hui, sayang jugak. Tengok duit melayang begitu saja. Tapi fikir-fikir, takdelah banyak sangat sampai aku nak meraung. Adoi lagi.


Coretan: Terlebih panjang pulak cerita. Aku nak buat apa bagi dapat duit ni? Ada siapa-siapa baik hati nak bagi?Ada?


0 bombings:

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.