kebetulan tu kebetulan ke? tak mungkin.

aku terbaca satu artikel dalam Majalah i. 
'Maurice Buccaile : Sains Membuktikan Kebenaran Al-Quran'
ringkasnya, Dr Maurice Buccaile ni adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis. 
Profilnya panjang, maklumlah bukan calang-calang orang. 
 buat biografi mungkin lebih tebal dari Kamus Dewan ni. 
tapi tak apa, Dr ini buat penelitian tentang Mumia Firaun. sampai kerajaan Mesir sanggup pinjamkan mumia itu kepada kerajaan Perancis.

kaji punya kaji, rupa-rupanya sisa-sisa garam yang melekat kat badan si mumia tu adalah bukti terbesar yang firaun ni mati tenggelam dalam air. 
jasad mumia ni cepat-cepat dikeluarkan dan dikerjakan supaya jadilah dia mumia sang penghuni piramid. penemuan ni, buat pengetahuan kalian, mengejutkan si peneliti. 
sekali, ada satu manusia yang tak diketahui berbisik, kat telinga dialah kan, 
"Jangan anggap ini satu yang baru kerana sesungguhnya umat telah bercakap tentang tenggelamnya mumia ini sejak sekian lama".


mulanya, Dr Bucaille tak kisah. 
"peduli apa aku," 
mungkin itu yang dia cakap. 
tapi, akhirnya dia periksa  jugak kitab-kitab agama, 
tak puas hati. 
hampir semua kitab ada bercerita pasal si firaun tenggelam dalam lautan ketika babak kejar-mengejar Musa, 
tapi cuma Al-Quran yang membicarakan perihal mayat firaun.

"Maka pada hari ini kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." 
                                                  Surah Yunus:92

maka, itu satu kisah. 
malamnya, aku baca Al-Quran, aku selak muka yang ditandai dengan riben merah seperti biasa. dan muka pertama selepas muka yang aku baca semalam, adalah ayat di atas. 
kebetulan.
 aku terfikir, 
kebetulan?
kadang-kadang kita terlepas pandang. 
tapi, tanda kekuasaan Allah ada di mana-mana sahaja kan? fikirkanlah. 
subhanallah  

coretan : aku baca terjemahan. baru aku tahu. kebetulan?


0 bombings:

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.