pak cik kalis kemalangan

"nak ikut pergi Ikea?"

wah, soalan retorik sebenarnya itu. kalau dah namanya aku, memang aku akan ikut. kaki gatal selalu. jarang aku tolak. seperti maklum, aku tak berkebolehan untuk memandu dengan cekap, begitu jugalah halnya dengan mak aku padahal lesen dah terletak cantik dalam dompet.

ibu borek, anak rintik mungkin sesuai.
jadi, pak cikku yang sekali-sekala pulang ke Malaysia dari perantauan memang harus jadi drebar.

pak cikku yang kugelar Cik Amin,tiba di pekarangan rumah dengan Jeep Cherokee.

'Kereta ni?'

aku teringat kali pertama aku menaik Jeep ini, dengan baju kurung. aku berusaha naik dengan sopan.

cubaanku gagal.

hari ini, aku juga berskirt. aku berusaha lebih keras.
tetap gagal.

siap berlaga kepala lagi dengan bumbung kereta.

nasib baik juga penumpang-penumpang lain kereta tu pun terpontang-panting nak naik, kalau tidak aku agak ibuku pasti akan mengatakan aku berperangai ganas.

sebelum ke Ikea, kami menziarahi seorang saudara ibuku di Kota Damansara.
alang-alang dekat.

untuk ke sana, Cik Amin pun gunalah GPSnya.

nama GPS tu sebelum ni belum lagi pernah buat aku kagum melainkan iklannya. selalunya, pengguna GPS mesti sesat dan lambat sampai ke destinasi. jadi, bila alat Cik Amin ni tak berfungsi semaksimumnya, aku tak hairan.
tak jumpa pun alamat rumah yang nak diziarah ni. nenek aku sampai cakap,
"benda ni canggih, tapi bodoh!"

elok je nenek aku keluarkan ayat tu, terus GPS tu jumpa jalan,(masih bukan jalan yang kami nak, tapi jalan yang terdekat dengan destinasi).
gelak besar aku.

GPS pun takut kena marah dengan nenek aku.

rupa-rupanya, alamat yang salah.
sedar pun sebab ada bunting tepi jalan, siap dengan alamat. Jalan Cecawi bukan Jalan Cencawi!
macam tu pulak masalahnya. akhirnya, sampai. alhamdulillah. cuba kalau setiap tempat aku nak pergi macam ni gayanya, memang GPS aku ubahsuai jadi telefon bimbit,
tak pun kamus elektronik.

bila dah ditekan loceng, pintu pagar besar lagi gah pun terbukalah.
sebelah.


tapi Cik Amin nak parkir Jeepnya di dalam, jadi pagar sebelah lagi pun dibuka.
tapi tak berjaya, pagar automatik ni dah rosak.

degil.
si tuan rumah pun sempat mengadu pasal pagarnya yang tak setia lagi.
akhirannya, pintunya yang sebelah tu terbuka sikit, tapi cukup-cukup, betul-betul muat-muat untuk Jeep Cik Amin masuk.
dah selesai parkir, kami pun menjengah masuk.

dalam kurang lebih sejam kemudian, kami pun nak mengundur diri. sempatlah berbual dan minum-minum.
tiba-tiba, aku dengar bunyi bising. macam orang baling besi.

siapa pulak mengamuk ni?


mama, atuk, si tuan rumah, Cik Amin dan aku serta-merta bangun, meluru ke tingkap terdekat.
aku agak terlambat.
aku nampak Jeep hitam perkasa Cik Amin bergerak ke belakang.
'Lah, kenapa pulak dengan aku ni?' aku bingung, memikirkan kenapa Jeep tu bergerak tak pasal-pasal.

bila gegendang telinga aku dengar jeritan ibuku, pak cikku segera berlari keluar, baru aku faham. neuron-neuronku nampaknya malas hari ni.

mama panik.

neuronku yang lembap buat aku jadi tenang sekejap.
padahal aku memang sepatutnya cemas!
sekali lagi aku kerling ke luar, Jeep hitam tu dah berhenti, disendal oleh sebuah Hyundai Matrix yang malang.
aku kira, mesti si tuan kereta tu menyesal letak kereta kat luar rumah.
untuk pengetahuan, Jeep ini dibawa ke hutan merentasi sungai dan segala macam akar sebesar ular sawa, bukti kekebalan.

Tak percaya,
tatap gambar puas-puas.

pengajaran nombor satu : tarik brek sampai habis, sehabis boleh. lebih elok, bawa seketul batu-bata, selit bawah tayar

nasib tuan Hyundai Matrix berbangsa Cina tu aku kira masih baik, walaupun kereta kena langgar memang takkan pernah masuk kategori nasib baik.
sebabnya, pintu belakang yang kena langgar. tapi parah jugak, kemik sampai tak boleh dibuka.

hanya selepas tu, kami semua sedar yang kereta Cik Amin ni jugak dah berjaya merosakkan pintu pagar rumah yang kami ziarah tadi.sekarang, dua-dua belah rosak.
palang automatik tercabut, menyembah bumi. si tuan rumah sampai tergelak.
"tak apa Min, memang dah rosak pagarnya."
macam ni jadinya. Cik Amin dah keputusan kata-kata.

'Ye dah nak jadi!'
(sila rujuk slanga orang Johor bercakap untuk nada ayat ini).

nasib baik juga, tak ada budak-budak sekolah lalu-lalang tadi, kalau kena dengan Jeep tu,
kereta pun hancur,
budak kecil, apatah lagi.


lepas dah selesaikan apa yang patut, kami pun undur diri. dan, tak jadi ke Ikea.
(tak apa, aku dah biasa dengan pembatalan rancangan pada saat akhir...)

kesian Cik Amin, anggaran kasar kos yang akan dikeluarkan adalah sebanyak RM4 ooo.

diingatkan, itu anggaran kasar.
jumlah sebetulnya, aku tak nak kira, boleh muntah aku sedih kalau bayangkan duit aku hilang macam tu saja.

Cik Amin ni boleh kata selalu terlibat dengan kemalangan. yang terakhir, Cik Amin sampai terkesan tulang dada, dalam 2-3 bulan lepas.
alhamdulillah umurnya panjang.

adui macam mana Cik Amin boleh kalis kemalangan ni?

coretan: masa balik rumah, aku berjaya naik kereta dengan sopan, penuh bergaya lagi. lepas ni naik Jeep tak ada hal lah!



0 bombings:

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.