Pesta Buku Antarabangsa 2013 & pengunjung-pengunjung setianya

(dan-dan aku nak cerita pasal benda ni, adik aku pun bukak topik sama. usha la blog dia, boleh tengok buku apa kitorang beli cewah) 

hari Ahad lepas aku pergi Pesta Buku dekat PWTC nun. lepas beli buku-buku yang patut walaupun poket kemarau panjang, aku pun upload la sekeping naik instagram, bukan apa, saja nak memeriahkan lagi arena fotografi negara. masa tu aku terfikir pulak yang kitorang memang pergi Pesta Buku ni setiap tahun, tanpa gagal. daripada aku kecik lagi, tu yang tak teringat dari tahun bila (ada satu tahun la aku tak pergi, kononnya pulun study untuk final exam haaa beria tak)


so, aku buat kesimpulan, mak aku start angkut kitorang pergi Pesta Buku ni masa aku darjah 1. memang best la sebab cakap je nak buku apa, mesti dapat. komik pun main tunjuk je terus mama pegi bayar, takde tanya-tanya dah, tak payah susah-susah nak pegi bisik kat mama kenapa komik tu wajar dibeli. 

hasilnya, kat library rumah adalah macam-macam jenis buku - komik, buku pop-up, buku sirah nabi, antologi cerpen, majalah asuh dan majalah kanak-kanak lain, buku puisi, siri salma, muqadam, buku cerita hantu, buku sastera, Enid Blyton, tidak lupa juga ensiklopedia berbagai genre serta banyak lagi.


dah sah-sah lah mama aku ni suka sangat kat buku. kalau kitorang, anak-anak dia tak baca pun, mama akan bacakan jugak kuat-kuat dekat rumah, tak pun dalam kereta. so paling tak, mesti sangkut jugak sikit-sikit dalam kepala kitorang. 

satu tahun ni, aku dengan adik-adik macam biasa ikut mama pegi Pesta Buku. masa ni aku kecik lagi, darjah dua kut. ada pulak bro nak jual barang dia, rasanya ensiklopedia. berdiri tengah-tengah jalan, dah la orang sesak. sekali, dia dapat tangkap aku. and dia stopkan aku dengan soalan, 

"Adik, adik tau tak binatang apa paling besar dalam dunia?" muka dia menduga habis.


aku pandang mama sekejap.

"Ikan paus biru," aku jawab dengan memandang tepat ke mukanya. 



aku rasa kalau masa tu aku tak innocent, mesti aku dah menyeringai dengan disusuli gelak tawa kat dia bagi menunjukkan kemenangan aku muahahaha.

so, bro tu balas " Eh betul lah dik!" ayat cover.
lantas, aku yang kurus dan pendiam pada waktu itu, terus berlalu pergi. bro tu gagal mengagumkan aku. 






masalahnya,
tahun-tahun seterusnya, ada jugak orang pakai soalan yang sama, dah lah tanya dekat aku dengan adik-beradik aku jugak! dia tak dapat pengajaran lagi tu. 


mama senyum je, karang kena cop berlagak pulak. 






bila cakap pasal tu sekarang, kitorang tibai gelak.



p/s: lupa nak check masa pergi Pesta Buku semalam, dia tanya soalan macam tu lagi tak? 
p/s/s: aku tergerak nak tulis sebab mama dah sound, and terpengaruh gaya tulisan, sebab baru lepas baca buku Dari Tg Malim ke KLCC. haihhh





sedih jugak sekarang kena pakai duit sendiri.





4 bombings:

mama ju, said...

Hehe belilah buku yg kena kongsi ngan ulfa tu. Nanti kitaorang bayar!Semlm pergi tak lupa nak beli. Buku2 yg diidamkan lain semua dah dapat!

Paulineee said...

lebih kurang mcm BBW kah? =P nice~~~

jari | jemari said...

pau: pesta buku offers you a whole lot of books, just name it. and more language options, not just english books

Paulineee said...

nice.. wanna go there la.. bila habis?

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.