busy

ceh. macamla busy betul. tapi busy jugak.

banyak gila assignment. tapi bak kata seorang rakan sekelas,

jangan stress buat assignment. fikir assignment tu sesuatu yang seronok, mesti dapat buat cepat.
peh.
dan pada masa yang sangat sesuai, aku kena ikut program untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-53. ok aku suka benda-benda macam ni tapi masalahnya aku terlibat dengan acara yang kerjanya cuma angkat bendera lain-lain warna dan tukar-tukar. *bosan*

pengalaman buat acara tu sebelum ni sangatla menyeksakan. jadi aku dan kawan-kawan yang lain memang mengeluh. panjang tak panjang tu aku tak tahulah.
jadi kami pun pergilah, 10 hari tu. tidur kat apartment kat putrajaya. berlatih kat stadium putra bukit jalil.


ha. aku di balik tulisan itu.





tapi 10 hari tu adalah menyeronokkan. tak adalah menyeksakan macam yang sebelum ni. sebab tempat duduk dia selesa, dapat kenal orang baru. apa lagi ye?

ok jadual bermula jam 6 pagi. eh tak tak.
3.30 pagi sebetulnya.

ha. awal gila kan?
bangun untuk sahur. lepas makan rehat kejap lepas tu bersiap.
pukul 6 berlari-lari anak naik bas pergi bukit jalil pulak. tengah hari balik putrajaya semula. petang rehat sikit.
lepas berbuka pergi bukit jalil semula. ha macam tu la.
jadi nak ikut masa yang ditetapkan kitorang guna tangga. sebab lif tu macam cabutan bertuah. masa bertuah je kita akan dapat guna. kalau tak, jangan harap. orang putih kata, jangan mimpi lah.

yang kagumnya, aku duduk tingkat 12 kat apartment putrajaya. dan hari-hari kitorang naik tangga 12 tingkat. ulang-alik. sebab sebelum ni, nak naik tingkat 3 pun malas bukan main.

ini 12 tingkat woo!


masa awal sampai situ, kepala aku punyalah berserabut fikir macam mana nak siapkan assignment ni pada kala yang kelam-kabut ni. sampaikan masa nak ambil makanan, abang yang bagi makanan tu tertuang kuah kari kat tangan aku yang tengah pegang pinggan. panaas! disebabkan kepanasan kuah kari tu dan betapa mengejutnya insiden tu ditambah dengan kepala yang berserabut, aku sampai terkeluar air mata pulak.

malu aih.


malam 31 ogos, aku tengok bunga api betul-betul atas kepala. sampai sakit leher. cantikkk!
gambar sekadar hiasan eceh.

ok 31 ogos, tugas selesai. fuh lega.

alamak teringat encik din la pulak, encik konduktor yang train kitorang. rindu jugak duduk bilik dengan housemates yang tiap malam lepas mendaki tangga 12 tingkat bergelak sakan.

pengalaman ni seronok la jugak.

coretan : uih kami menghadapi sindrom pantang nampak askar sekarang gara-gara berlatih dengan mereka selama 10 hari.

contengan: assignment adalah sesuatu yang menyeronokkan! *ish bila nak siap nih?!*









4 bombings:

wawahebat said...

alololo,..farah nanges??? jgn nages yer farah,..xpe,..pe slhnye naek 12 tingkat,..nnt kaki byk muscle2!! wahh hott tuhh -___-",.. abg askar nmpak cool kan???

mama ju, said...

untung jugak naik turun tangga 12 tingkat...10 hari dah turun 5kg!Boleh ke mama cuba...hehehe nak kurus jugak....

jari | jemari said...
This comment has been removed by the author.
jari | jemari said...

sab: ish malu malu.
abang askar? cool la, dah diorang berlagak cool.

mama: heheh. yeke ma?

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.