totally spice

ha. ada pertandingan 'make over' dan aku dengan gatalnya, sukarela masuk.
(sebab nak lari dari masuk nasyid sebenarnya teehee..jangan biarkan aku menyanyi please)


jadi mak andam nya adalah aku dan seorang lagi partner in crime, faezah nama diberi. macam yakin amat masa isi nama dalam borang.
lepas tu, terus kesian dekat roommate aku sebab dia yang bakal jadi model atau lebih tepat lagi, mangsa kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia.
habisla aku-conteng-dia-jadi-rupa-macam-rumpai-laut-celup-air-kolam.


jadi aku dan faezah pun berlatih la sketching-sketching ni atas muka dia,
biar selesa.

memang rasa macam hampeh. aku junior kepada amatur dalam seni penyolekan ni. manakala si faezah adalah kanak-kanak berusia tiga tahun pertama kali jumpa lipstick mak, pegang pun tak betul. *perumpamaan semata-mata*

jadi kitorang pun bergabung sehabis daya. maka tercontenglah wajah roommate ku yang satu itu.
dan beliau pasrah.


nampak tak kepasrahannya dibelasah kami berdua sekaligus? nampak tak?




jadi pendek cerita, terdapat pulak nombor tiga.
jadi kitorang dah perasan sikit.
padahal model la patut perasan sorang-sorang, dia yang catwalk beria atas pentas,
dua kali pulak tu.

jadi kesimpulannya,
seronok jugak main mekap mekap ni.
cik roommate bertudung pink. model handbag kat sebelah tu dapat juara yang sebenarya nak kasi kami menang.

err. totally spice tu nama kumpulan kami. heee.






coretan: apesal banyak perkataan jadi ni?




4 bombings:

adilah said...

hmm kire ade no jugak lar..
tp klu farah offer nk jd my mak andam..ermmm bole caye ke..hihi jgn marah
p/s comel jer rummate tu =)

jari | jemari said...

alah. kalau i jadi mak andam konfem shino jadi gundam. so tak jadi kawin.haha

wawahebat said...

Hoihhh,..style lah farah. nk lawan sab ker??

jari | jemari said...

hoho. mane boleh lawan sifu.

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.