edisi kambing siri dua

shush. aku tau lama gila dah benda ni. aku tak sibuk lagi tapi terlupa pasal kisah ini. kesian cik kambing. jadi, sambungannya ...





3.30 pagi, terjaga.
4.00 pagi, terjaga lagi.
4.30 pagi, terjaga.
5.00 pagi, terjaga lagi.

takut lambat bangun. haih kalau bangun sembahyang kan bagus. 5.30 baru betul-betul bangun dari tidur. mandi. subuh. siap-siap.
udara pagi pekat sikit bau kambing. sarapan kat tempat katering.

akak-akak yang jadi tukang masak dah lama bangun buat kerja. lauk dah bertong-tong dah siap. tinggal nak angkut masuk dalam lori. kekok jugak nak makan, masa yang lain sibuk cari bekas nak isi makanan banyak-banyak tu.
sebelum sarapan pak cik jumpa bagi briefing sikit. 'tak nak main handphone ye,' kata pak cik. lepas sarapan, jalan.




aku dengan ufah dapat satu tempat, masjid uniten. nabil kat tempat lain, putrajaya.
masa tengah angkut-angkut tong-tong makanan yang sangatlah berat nampaknya, aku perhati je. budak baru semua pun perhati je. sebab kagum mungkin.
baru tau selama ni untuk kerja-kerja macam ni, diorang guna platform yang kejap turun kejap boleh naik, untuk masukkan makanan dalam lori. oh begitu rupanya. berat gila kut kalau nak angkat guna tenaga manusia.

pak cik jugaklah yang jadi driver. busy betul pakcik hari tu. katering memang ada tiga majlis nak urus, anak pak cik sendiri pun buat majlis jugak! dahla katering pak cik tu jugaklah yang urus majlis tu. adoiyai.
sampai kat sana, dewannya dah siap disusun dah pun.meja kerusi pelamin meja pengantin, semua dah siap. tinggal bab makanan je.

pagi tu aku dengan ufah blur betul. tengok sana sini kut-kut ada kerja nak buat. susun pinggan sudu garpu.bentang alas meja, letak bunga-bunga sikit. tak buat apa sangat pun.

dah tak ada kerja sangat, kitorang pun duduk. akak-akak pun suruh duduk. katanya sekarang tak ada kerja lagi. nasib baik ada sorang akak ni, part timer jugak. orang melayu, duduk dekat je dengan rumah pak cik tu. akak tu la yang borak-borak dengan kitorang. dia jugakla yang bagi kitorang kerja sikit-sikit, daripada duduk melangut lepas tu tak tau nak buat apa.
cerita pasal akak tu boleh buat entri baru tau. gila lah dengar cerita dia. hujung minggu ikut wataniyah. aku dahla tak tau menahu pasal tu. jadi dengar je la. tapi hebat la, sebab akak tu kerja isnin jumaat,hujung minggu pergi hutan. huih tak penat ke? dia jawab,
'dah minat'.


ufah pulak terpikir akak ni tak de rasa nak pegi jalan-jalan je hangout dengan kawan? aku rasa tu lah hangout dia, kat kem tu, kat hutan. memang kental lah akak ni. kadang-kadang kem tu sampai berbulan kut. uih gerun.



pukul 10, makanan sampai. jadi mulalah kerja. dah angkut sikit-sikit, penyelia suruh makan dulu. jadi makanla nasi beriyani itu beserta lauk-pauknya.
lepas tu kerja kerja kerja. angkat semua yang patut, ulang alik, ke hulu ke hilir, bawak dulang, mangkuk, bekas semualah. dah habis isi semula. jalan usha semua lauk cukup ke dak. air, cawan, kuih, gelas, pencuci mulut, mangkuk, tisu.




teruuuuuus sampai petang. aku terfikir nanti mungkin ada orang yang aku kenal ke apa ke. tapi masa dah banyak kerja tu tak sempat nak tengok tetamu sangat pun, melainkan yang ambil makanan kat bahagian yang aku jaga tu. 
kerja paling akhir, lepas cabut alas meja dan angkat meja tu, ialah menyapu. punyalah menyapu satu dewan karpet keras tu guna penyapu yang cepat tercabut tu. ish gila makan masa. penyapu pun ada dua kerat je. lenguh gila tangan aku. bergilir jugak menyapu dengan orang lain, tapi masalah utama kat sini adalah tahap keefisienan menyapu guna penyapu tu tak sampai 35 % pun. kalau guna vacuum baru betul, 97% keberkesanan. hah ambik.



nak dekat pukul 6, kerja semua dah settle. yea boleh balik. aduh kaki sakit betul. rasa macam tak boleh nak berdiri lagi dah, nak duduk pun sakit jugak. rasa tajam je tapak kaki berjalan atas tanah. 


ingatkan yang baru kerja ni je sakit, akak abang yang dah lama kerja tu pun sakit jugak. 





sampai je katering, tunggu berapa minit, pak cik bos panggil. hehe. dapat upah! memang la tak banyak mana tapi hih baik ada kan? 
er lepas sembahyang panik, campak vest tapi lupa nak ambik barang sumbat dalam poket. gila cuai.jadi pegi bilik pak cik bos balik. pak cik tanya-tanya lepas tu dia bersetuju untuk hantar balik. yeay. malam sampai rumah pukul 10 lebih, bas lama sangat nak sampai.






hihih jumpa manusia macam artis korea. takdelah sebijik, cuma ada persamaan.










coretan: duit tu aku beli apa ha?












2 bombings:

인탄 λž΄λ‚˜ said...

wallaweyh!!! lama giler nk tggu mne peymbungye...dah 2 minggu lebey bru nk smbung.

jari | jemari said...

shushhh. thats my thang! hahah

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.