chill at sungai chilling

 assalamualaikum

maka tersebutlah kisah seorang anak adam yang pergi mengembara jauuuuuh ke dalam hutan hijau nun di sinun. 


so kali ni, kawan satu sekolah aku ambil keputusan nak pegi lepak kat satu tempat ni, nama dia serius sesuai gila dengan tujuan nak lepak chill, sungai chilling. ayah aku siap tanya mat salleh ke yang bagi nama tu.

tapi sebelum sampai sungai tu yang berkedudukan di kuala kubu baru yang mana aku tak pernah jejak kaki pun setakat tau nama je, kena redah naik satu masalah ni-yang dikenali dengan nama KTM hehe. 

dah masuk 2 tahun jugaklah semenjak aku meninggalkan arena menaiki ktm untuk perjalanan jauh. last masa sekolah dulu. 
jadi,
disebabkan kejutan budaya ni, aku tidur tersengguk-sengguk tahap tak ingat dunia dalam ktm. chop macam mana pulak aku boleh tidur berdiri kan? yelah ktm kan selalu packed macam tin sardin masa promosi ekstra 30%.

lepas kl sentral sardin semua tu dah kena masak. jadi tinggal berapa orang je. jadi merasalah duduk. maka, tidurlah sengguk gila-gila tu. 
ada jugak perasaan takut terlepas stesen tapi apakan daya, mengantuknya masha Allah macam tak tidur berhari-hari uih. tapi akhirnya ada sorang gadis duduk kat sebelah, adalah cakap-cakap sikit, dia tanya nak turun mana. rupanya sama destinasi. ok lega jugak.


tapi lepas tu kembali ke alam senggukan -.- hadoiii

and then biasalah, nak tukar tren ambik masa sampai satu jam setengah. lamanya mampu menarah jiwa. 
masuk satu tren keluar balik masuk lagi satu tren.

ada sekali tu, aku nak masuklah pink coach, the one for ladies tu kan, berasak-asak jugak. dan ada pulak sorang mamat ni, remaja lah, berdiri kat belakang untuk nak masuk lah.
lepas tu, ada lah kaum hawa yang berbisik-bisik pelik kan, dan sorang auntie chinese ambil tindakan. 

dia ketuk jari je kat pintu ktm tu yang ada ikon ladies' coach tu dan mamat tu dah tentulah perasan. dia pun 'eh?' dan terus berlalu pergi. wow! tak payah cakap pun.


ok malam tu aku tidur rumah husna. penat sangat jadi tidur awal.

esoknya aku ingat bergerak awal pagi. 
rupanya tengah hari. 

kitorang sempat la makan tengah hari dulu sambil nak tunggu yang lain sampai kat rumah husna tu. so gerak ke sana nak dekat pukul satu jugak. yang datang tu ramai jugak yang aku dah lama tak jumpa. yang dari habis sekolah dulu terus tak jumpa langsung macam ned, lain dah sekarang kannn :)

kemudian, bermulalah pendakian a.k.a hiking la sikit. 
bukit-bukit, batu-batu tu biasalah kan, tapi yang paling sayang sekali sebab aku salah pakai kasut wuwuwuwu bukan sahaja basah tapi rosak jugak hmphahfkjglogk


lepas tu kena melintas sungai, barang lima kali ada. batu besar gedabak dan pastilah berlumut licin habis. ada tu yang air dia sampai lebih paras pinggang. semua pun dah cuak takut beg dan khazanah dalam beg basah. yang pasti, belum apa-apa aku dah tersembam dalam air. 



nak salahkan kasut kurang grip boleh tak? heheeh




dalam sejam lepas tu kut, kitorang dah penat dah, kaki dah terasa macam asyik tanya-tanya, bukit ni tak nak sampai ke penghujung lagi ke? 

sekali, 
yeay! dah nampak air terjun tinggi gila! kuat gila kut! jakun jugak, tak pernah lagi sampai air terjun tinggi-tinggi ni.



takde gambar close-up. 
tak nampak sangat macam air terjun dia tinggi kan?


jadi dah sampai kitorang sembahyang dulu kejap. kat mana pun kena lah sembahyang kan, tak kira lah kita basah ke atas batu ke dalam hutan ke asalkan cukup syarat.
tapi seram jugak sembahyang kat atas tu, rasa macam nak terbalik ke belakang je. 
ad je tempat lain tapi tempat tu macam tertutup sikit sebab ada batu besaq punya jadi tembok, jadi kat situ lah port nak ambik air sembahyang senang sikit.lelaki keliling tu ghamai beno!

ha boleh bayang?
sempat pulak minah sorang ni



so lepas sembahyang patutnya mandi la kan. tapi perut masing-masing lapar pulak haha. jadi melahap dulu.

malangnya, ned ada bawak sate kebab (sedap gila kan?!) tapi monyet sambar dulu. menganga je lah kitorang.
bagus jugak ada mihun lagi. heheh.
tapi ada kisah layanan tidak sama rata terhadap dua jenis mihun yang dibawa hhaha! kelakar pulak bila adik husna bagi komen pasal makanan. nasib baik umur baru 8!

bila perut dah terisi sikit, baru kitorang gerak cari port nak mandi. walhal budak lelaki yang ikut sekali dah mandi satu trip dah, kitorang belum basah lagi.sepupu ned sampai cakap, orang datang sungai mandi, bukan nak makan!

kitorang redah batu-batu lagi, panjat-panjat lagi konon nak bagi thrill la nak cari kawasan sungai yang cetek sikit, selamat sikit lagipun ada budak kecik kut.

jumpa la satu tempat ni air dia cetek. berenang-renang sikit tapi tak lama lepas tu kitorang perasan kumpulan pengunjung yang ramai-ramai tadi dah balik.
percubaan pendaki amatur thrill

jadi apalagi, kitorang pun beralih lah pergi hot spot, kat bawah air terjun.
wuhuuu sejuknya tak terkata. orang sanktuari tu pesan kalau hujan cepat lari sebab takut kepala air naik. bila pikir-pikir memang seram tapi kalau tak ambil risiko memang tak merasa lah
tapi sebab sejuk sangat, mandi dekat-dekat je. budak laki pun dah lama sangat dalam air kut, berdiri masing-masing menggigil. sampai kelakar pulak kitorang tengok hahah.

 yang berani sikit, naik atas batu macam pelantar tu, and buat terjunan daniel bego dalam air. walaweyh! best. tapi aku tak berani pulak nak buat, dengan tak pandai berenangnya.
tapi ada pulak kawan aku sorang ni, lelaki la. ambik masa lama gila nak terjun dari atas tu, aku dah pikir kenapa pulak ni? takut kut. rupanya, tak tahu berenang tapi nak jugak buat. member yang lain tunggu kat bawah sambut la kononnya.

last-last tercungap-cungap terjun dalam air. yang si penyelamat tu pun selamatkan separuh jalan je. aku yang tengok pulak takut. sorang lagi member aku pun datanglah menyelamat. bahaya betul la diorang ni. terus mati niat aku nak terjun


yang tak best kat situ, lepas satu, satu lagi orang merokok. penat hidung menapis asap.

sambil kitorang berendam-rendam, tiba-tiba mak dengan ayah husna muncul. woah kagum kitorang. mak husna daki bukit tu macam tu je, ayah husna lagi la siap angkat dua belah tangan muka bangga lagi.


setelah itu, dalam nak dekat pukul 5, kitorang pun bergerak turun. nak balik ni adalah pening-pening nak sesat. tapi sebab jalan dia takdelah dahsyat mana jadi alhamdulillah sampai jugak kat bawah. 

dengar cerita ada sorang yang masuk tempat tu tak keluar-keluar lagi, padahal kawan dia yang lain dah lama kat luar. hushhh takutnya!

petang tu mak husna sempat la jamu kitorang dengan mi goreng barang sepinggan dua heheh. almaklumla masing-masing dah hilang kudrat main dalam air. tapi ada yang dah balik terus jadi kurangla meriah sikit. 
masa kat rumah husna ni, masa mandi-mandi bersihkan diri baru aku perasan kaki kiri aku sakit. 
rasanya mungkin sebab aku macam ada terlanggar batu tadi masa kat sungai.

nak dekat maghrib baru bertolak nak balik. aku tumpang kereta sorang lagi member aku yang kosong, sebab tak larat dah nak naik ktm lama-lama. malam-malam nak delay-delay, takut sampai esok pagi pun aku tak sampai rumah.silap-silap boleh naik sungai tu lagi pulak karang heheh

dalam pukul 10 aku pun sampai rumah. 

dan aku dapati jari kelingking kaki kiri aku yang tadi sakit tu bengkaklah pulak. dah jalan terdengkut-dengkut.


ok last pose


 seronok memanglah beronok-ronok tapi kaki bengkak tu pun sedap jugak. alhamdulillah tak lama dia baik. 

ha boleh pegi tempat lain pulak ye dak? heheh


ehem kat rumah husna tu, sempat pulak bapak husna menemuduga sorang kawan aku yang ehem ehem kepada husna tu lah. habis cuak dah husna. lama pulak tu. kitorang yang lain ni mampu tersenyum sajaaaa.agak-agak pasal apa ye? hihih



ok siap karangan sekolah menengah satu! 


coratan: perangai budak laki tak berubah dari sekolah!


8 bombings:

Adilah Z said...

wahhh jeles banget!! >.<
kita tengok gmbar kat fb terkezut ade khoi!! hehe
nak pegi jugak!
btw farah, sape si gadis bertudung hitam yg pose sorg2 kt atas tu? muka dia same dgn my friend, siti..is she? pelanduk 2 serupa je?

cikNAO said...

eh siapeka orang yg dtemuduge itu . huhuhu :P

jari | jemari said...

shino: jeng jeng siapakah gadis ituuuuu? heheh adik una lah.

azie: sudah tahu bertanya lagiiii pulak

AiNeE k. said...

boleh aku tau sape tuan empunya blog??

mama ju, said...

Aslkm

Wah seronoknya...mcm nilah best tulis panjang2!kaki dah ok 100%?

Yonna Lahh!! said...

wowww seronoknyaaaa sembahyang atas batu! teringinnnn nk mcmtu.. dgr bunyi air terjun lg.. syok nyaaa :D

jari | jemari said...

deng: haha ni farah lah :)

mama: panjang sangat ni.

yon:ha tapi dia macam ada takut sikit mehh tapi best best!

Nur Husna said...

haha farah yg temuduga tu off record laaaa -.-'

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.