Brunei: how Day 1 ended

ok apa jadi lepas sedar dari tidur?

lepas tu barulah sedar yang sebenarnya tuan rumah nak terus bawak kitorang jalan. boleh pulak terlelap lama. hihih.

kitorang pun gerak nak pergi merasa sembahyang dekat masjid sultan hasanal bolkiah, atau lebih mesra dipanggil masjid sultan haji. macam pelik kan panggil sultan lepas tu sebut lagi haji tu? rupa-rupanya orang sini memang mementingkan gelaran Haji/Hajah tu. sampaikan ada plak anak tuan rumah menang game apa entah siap tulis Haji depan nama penuh diorang yang memang dah cukup panjang tu. kalau perkenalkan diri pun sebut jugak benda tu. nampak beza dia?

memandangkan masuk waktu sembahyang lagi awal dalam sejam kat sini, aku macam pening-pening jugak. pukul 6 tu dah gelap. sampai kat luar masjid dah terpesona. sebab dengar cerita masjid ni diperbuat daripada emas! bila tengok memang kubah dia bersinar-sinar, meghelip semacam. emas lah tu kut! dah tak pernah tengok emas gitu sekali kan, memang kena main teka-teka je lah. 




takat situ je kamera dibenarkan. sempat la merasa solat berjemaah maghrib kat situ. luas, cantik, lantai dia sejuk - dahlah air-cond, kat luar hujan gerimis pulak. 

nenek aku, yang aku panggil atok, beria-ria nak tengok berapa ramai jemaah dia. tapi jemaah lelaki dengan perempuan terpisah. setakat jemaah perempuan, dalam dua saf lah. 
pintu menuju ke tempat sembahyang tu mak aih besar habis dia buat. sampai ke siling, berpeluh jugak nak tolak pintu baru boleh masuk heh over. lepas tu tiba di tempat wudhu pun scan lama jugak. paip dia yang sensor tu saja. semua pun ada tempat duduk. aku pun duduk dengan selesanya, ready in position nak amik wudhu', tangan pun dihulur ke arah sensor tu dengan penuh yakin.

tapi
air tak keluar pun. aku dah hampa.
alaa rosak ke? 
baru je nak angkat kaki, tiba-tiba air meluru keluar. ops basah pulak, nasib sikit. boleh pulak bergurau senda air ni kan. 

lepas solat, perut yang berkeroncong minta diisi. pandai perut-perut ni semua timing, dan-dan habis solat terus bagi signal. automatik lah tempat makan jadi destinasi. 
tuan rumah yang sangat memahami terus bawak kitorang pergi Tamu Selera. nama dia pun dah cukup, tak payah nak misteri sangat, straight to the point.


belum masuk dah ada menu.
aku bila baca bebek goreng terus rasa macam menggeliang geliut. rasa macam pelik? tahukah anda apa sebenarnya bebek? 

bebek adalah itik. bebek goreng = itik goreng. tidakkah pelik? oh pelik pelik.

jadi hasrat suci murni mestilah nak makan sekali satu rombongan.
tapi atok nak makan sup for dinner. sekali tempat kitorang semua dah lepak baik punya tu tak ada jual sup, malah dia menjual seafood and pak cik saya yang seorang itu allergic sama itu seafood. 
oh no, bahasa tunggang-langgang. 

so, berpecahlah kepada kumpulan kecil. 
aku ikut atok, dengan nenek saudara dan mama. makan lauk ready saja. atok dapat lah soto (kut? aku tak ingat dah)
sekali kitorang dah habis makan, group lain still tengah tunggu order. okayyyyyyy

lepas berborak-borak dengan tuan rumah punya adik yang menjadi tour guide kitorang, order still belum sampai. 
fuh. 
last-last kitorang join sekaki kat meja sana pulak. padahal dah kenyang, tapi cantas jugak makanan diorang sebab terlebih order rupanya.

banyak betul ordernya -sate berpuluh-puluh jugak, sayur manis, sup gearbox, rojak etc etc. kenyangnya masha Allah!
sate kambing dia rasa lain dari yang kat Malaysia. manis semacam. dengan kuah kacang dia pun lain jugak. tapi sedap lah. tibai sampai habis jugaklah hehe


introducing Ayep dengan muka menunggunya

kalau diikutkan lepas makan ada nak pergi jalan lagi.
tapi, ada tapi di situ ya. 
biasalah bila perut sudah kembung, mata pandai lentok-lentok. nak tunggu order semua sampai pun dah berapa lama dah. bila makanan sampai, kena semua orang bekerjasama untuk menghabiskan daripada terbazir begitu sahaja. ye dak?

aktiviti makan malam tu je sampai 2 jam. lama betul.
jadi lepas kenyang perut, terus balik rumah untuk tidur. plus esok kena bangun awal nak gerak miri. wohoo.

apa jadi kat miri kita sambung next time. tungguuuu *gaya pengacara tv show sikit


0 bombings:

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.