Brunei: Day 2 should end, but it didn't (yet)

Oh what an achievement! I don't take so long to write this time lol

jadi, kedai kraf tangan kan. apa lagi, barangan kraf lah. dey cakap betul-betul la. masuk satu section, dah beli-beli. baru perasan ada satu lagi kedai yang memang betul-betul kedai la. dan, harga pun murah lagi. 
itulah menyesal-menyesal pun, still memborong lagi hahah. 



mama beli satu daripada mangkuk di atas, jenis yang macam kat lantai tu. yang mana menjadi satu tragedi pada hari balik nanti. (Oh macam mana aku tau masa depan? Ha ha you are so funny, go puke)




the demons. scary mak ngah tengok benda ni.
er sebab pening tengok kraf tangan banyak sangat, jadi adik sepupu aku pun pandai cucuk jarum bagi dia pakai kamera aku. kerana saiznya yang gabak itu sedara-sedari, anda juga pasti akan keberatan sebab sepupu aku ni darjah 5 tapi badan kecik benar, takut tak larat.


tapi sebab tak ada lah berat mana pun jadi hasilnya, adalah gambar topeng yang menakutkan ini! ehem.


baiklah, setelah berpenat lelah, bersengkang mata mendapatkan beg plastik berisi cenderamata masing-masing, maka menapaklah semula ke bas tercinta.
nampak jalan yang basah tu?
hujan pun tak dapat menundukkan semangat nak mencari cenderamata hahaha.




dalam perjalanan tu, macam biasalah. mata meliar ke luar, atas, tepi, belakang, bawah and snap everything possible.








ini lagi sorang budak kecik tak reti duduk diam, ayep.
masa aku tengah lentok-lentok tidur tu, boleh pulak dia main tembak-tembak lagi. masa aku tak ngantuk, aku layan la, buat-buat macam sakit bila kena tembak dan mati.uargh


tiba-tiba masa aku ngantuk pun aku kena tembak. boleh pulak masa dia tembak tu, aku terbukak mata, dan tidur semula. kejap-kejap lagi tersedar lagi, tengok dia tembak lagi, aku pun terlelap lagi.


mesti dia ingat aku mati kannnnn hahahah
gambar ni bila aku segar baru aku ambik. tapi, dia tak habis-habis lagi ingat aku ni mangsa dia = ='





masa pusing-pusing town tadi, ada la pulak nampak mahkamah ini. 
ala kl pun ada apa . . .

memanglah. ok liyana, sorang lagi sepupu aku, umur 8 tahun. bila nampak benda ni, dia tanya, 'mahkamah tu apa?' 
hek eleh. bukan susah pun. mahkamah tu kan . . .

er . . .
berpikir lah jugak nenek aku dengan mak cik aku nak jawab. tempat untuk keadilan? dude, keadilan untuk budak kecik adalah kalau orang tu pukul kita sekali, kita kena balas pukul jugak. berbeza dengan keadilan yang nak dimaksudkan. 
aku pun tak ingat last-last apa yang mak cik aku jawab. 

takpe, tak lama naik bas, sampai kat sebuah kedai kek lapis! atok aku nak, walaupun kat situ tak berapa nak ada kedai kek lapis. tapi tuan rumah usahakan jugak melalui sorang kawan dia yang tau kedai tu. 





 mungkin ini sebabnya atok nak ke sini, sebuah kedai yang dinamakan Siti Payung (apo pelik bonar namanya ni )?
TESTER! he he


so bila dah kaut 5 kek setiap sorang (dalam pada semua orang kata nak beli sikit je tu), perut pun lapar. and makan lah dekat food court dekat satu mall ni, nama dia Imperial.


Cik Amin dengan Adek bersungguh-sungguh discuss makanan mana lebih menjamin kesihatan whattt


mama made me do this, in front of the worker who took my order, and she laughed at me askdjalkf
 lepas makan, jalan-jalan sikit. nampak kasut cantik. hew hew hew.
nak usha lah konon. tuan kedai siap kena buat gimnastik lagi nak keluarkan kasut tu dari display.




gimnastik elastik







tapi sayang, kasut silver itu adalah kasut menari. and i'm no dancer, i breakdance. wth.
dan pastinya harganya juga menari-nari ke langit. 
sorilah auntie, susah-susah je kena buat gimnastik nak ambik kasut tu heee

lepas tu, shopping tak habis lagi. tulah, siapa suruh makan dekat food court atas sekali tu. kan kena turun banyak floor dan menempuh pelbagai dugaan hahah


tiba-tiba, nampak satu kedai baju dia cantik. usha usha usha rasa macam tak payah lah beli. lima saat kemudian, mama, atok, nyayi dengan cik dee dah beralih pergi tengok beg pulak!


aku pun rasa macam, cantiknya beg itu! apa kata aku beli beg? eh tak payahla.
mama, atok, nyayi dengan cik dee pun membelek-belek, 'Ha yang tu cantik!', 'Eh, aku kenan yang ni' bla bla bla.


mama nampak satu beg dan berkenan dan memang ingin membelinya. aku kagum sebab buat pertama kalinya, aku setuju malah suka dengan design handbag mama yang baru ini!
mak cik aku dengan atok pun nak design yang sama tapi tak dapat sebab itulah satu stok yang tinggal. lalu atok memilih handbag yang aku kata cantik ituuuuuu sobsss
mak cik dee punya handbag pun meletopzzz! 


sekarang aku konfius, kenapa orang-orang dewasa ini mempunyai taste macam aku? ke aku ni taste macam diorang? hmmphh.
nyayi pun beli -.-


pening tak tau nak yang mana padahal sama je punnnn. tapi last-last tak jadi ambil yang ni T3T

perhatian, aku tak beli pun. mengalah awal-awal T3T

kemudian, kita ke masjid! disebabkan masjid dia semua cantik dan unik, gambar kena ambik. itu pasti.




subhanallah :')


selesai solat, kita pergi pasar pulak. tapi mama nak visit kawan fb jadi nak kena beli buah tangan sikit. jadi pergi mall dia semula. sementara mama cari buah tangan, kitorang pun cari apa yang patut! hewhew


seperti kentang putar dan air yang ada pearl tu. yes, cool blog!
budak kecik ni bergaduh dengan aku beria nak jaga bentuk kentang putar dia tu. tapi tak habis makan punnnn. haih nasib baik kau budak kecik cenonet . . .








ini adalah cahaya menyambut nak ke pasar haaaa *sound effect kalau ada angel dalam cartoon
pergi pasar je pun tapi amik gambar merata-rata. ada la benda aku rasa pelik. durian dia besaaaar ya rabbi. entah mutant apa tak tau lah.


eh? nampak macam kecik pulak. hmmm


heh ada tragedi jugak ni hahah.
boleh pulak pasar ni nama dia e-mart. dan boleh pulak dia ada signboard yang besar. 10 km dah boleh nampak kut. dah lah besar, tinggi mak aih.
jadi aku konon nak snap la signboard tu. aku tengok jalan clear. jadi aku ambiklah sebab situ spot paling jelas.
dah puas hati, aku pun nak lintas jalan. sekali . . .
kena toleh dengan satu kereta kancil ni. aku perasan dalam tu semua lelaki, senyum-senyum.
aku macam, hek eleh apahal. sebab diorang satu gang budak muda, aku tak heran sangat le. kereta belakang tu jeep.
boleh pulak dia hon aku.HEH? APASAL? APASAL PULAK DIORANG SEMUA NI? 
dalam jeep tu semua pak cik-pak cik, gelak besar punya kat aku. aku cuba fikir apa yang aku buat.


rupa-rupanya, diorang semua gelakkan aku ambik gambar e-mart tu T^T mesti diorang perasan aku berdiri tengah jalan ambik gambar dioranggggggg wuargghhh.
perasannn


tapi


aku cool. aku balas balik sengih diorang dengan muka, 'Alah pak cik, takkan tak biasaaaa'. lepas tu terus memecut laju ke arah bas sebab maluuu. sengal.


malam tu, singgah rumah kawan fb mama, auntie kamarjhan. photos coming up later. nak upload lambat, ngantuk nak tunggu.
sebelum sampai rumah dia, lalu tempat minyak dulu. tong dia besar gajah, dah la banyak.




ok


chiao. berjumpa lagi pada episod yang akan datang, pada masa yang tak sama dan hari yang mungkin berbeza. wassalam.



0 bombings:

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.