Brunei: Jawi & Old school

alkisahnya, cuti ini aku pun pergilah berjalan ke Brunei Darussalam.

boleh tahan lama jugak aku teringin nak jejakkan kaki kat Brunei. padahal apalah yang ada dekat situ, orang selalu kata macam tu. ada beribu juta gazilion lagi tempat yang lagi menarik tertarik dalam dunia ni, lagipun bukan ke tempat tu macam lebih kurang Malaysia je? 

ha, itu yang kita nak kaji sekarang ni.
aku rasa sebab pemikiran orang yang macam tu lah buat aku terasa nak pegi sinun. negara tu guna tulisan jawi, negara tu kaya, raja dia namanya Sultan Hasanal Bolkiah, negara tu lengang - tu lah setakat yang aku pernah dengar pasal Brunei.

tapi macam tak cukup, macam misteri. Jadi, misteri ini haruslah aku rungkaikan sendiri dengan mata kepala dan kakiku sendiri, baru boleh lelap tidurku. Ceceh, melebih lah kalau gitu ek?
rezeki sangat, tiba-tiba ada angin dari pulau pandan jauh ke tengah yang hasut fikiran pak cik aku untuk pegi holiday kat sana. Apa lagi, bantal yang disorongkan cukup gebu tak mampu ditolak sama sekali!


maka, kami pun bertolaklah ke Brunei Darussalam.
aku packing tak habis-habis, pukul 1 baru baring atas katil. pukul 3 dah kena kejut, nak gerak airport. aku belum rasa excited masa ni, tapi lebih kepada terkejut kenapa aku tidur rasa dalam dan nyeyak gila padahal tak sampai 2 jam. pencapaian!


adik aku dengan sorang lagi cousin aku menjadi driver hantar kitorang pagi-pagi buta.
breakfast kejap before check in, walhal aku dah sempat jugak sauk roti adalah dua tiga keping kat rumah. berkejar-kejar sembahyang subuh dekat surau luar sebab officer yang jaga tiket cakap kat dalam tak ada surau.


aku sedar jugak flight pukul 6.45, bermakna kalau nak solat relax-relax pun tak ada masalah. tapi disebabkan semua orang terkejar-kejar takut terlepas flight, aku pun ikut sama dalam marathon subuh ini yang akhirnya menyebabkan kami semua tak cukup nafas.


sekali, ada sorang lagi mak cik aku yang ikut rombongan ni jugak terpisah entah macam mana.
yang paling haru, dia satu family sembahyang kat surau dekat je dengan tempat check in. tak payah berdesup lari sana-sini  =.=


lepas tu naiklah kapal terbangnya.
dalam 2 jam 15 minit kemudiannya kitorang pun sampai. fuh gatal betul telinga masa nak landing tu. teringat pulak pesan sorang kawan, dia kata kalau time macam tu, telan air liur banyak-banyak.
boleh pulak masa tu aku tak ada air liur pulak. beria nak telan, tapi tak dapat-dapat. wuaaa betapa besarnya  kehebatan Allah jadikan benda dalam telinga untuk balance pressure. fuh fizik!


turun tu still boleh kawal lagi excitement. relax, cool dulu, bisik sendiri.
sampai kat hallway tu, mak cik, pak cik dengan nenek aku sekali beria bergambar. belum keluar airport lagi kut!


benda pertama yang aku nampak adalah tulisan jawi!
signboard kat airport memang tulis jawi. tulisan kat tank minyak pun tulis jawi. memang mengeja lah aku kat situ kan.








jalan beberapa langkah, memang sah! memang sah kitorang semua tak dapat lagi menahan keinginan. keinginan apa? keinginan untuk membuang hajat lah. rombongan yang ramai ini semua masuk tandas serentak heheh.








sepanjang nak sampai ke luar tu, dia punya signboard memang tak lepas mata memandang. dia guna bahasa melayu jugak tapi lain penggunaan kosa kata dia. bak kata mak cik aku, bahasa diorang lagi sejuk dan lembut gitu.
sebagai contoh, transit jadi persinggahan. belt kat tempat luggage tu jadi pengangkut bagasi. departure jadi perpisahan. wah syahdu betul.







sempat jugak nenek aku dengan nenek saudara pergi kejar pramugari, nak ambik gambar sebab baju diorang cantik siap bertudung lagi. hahah aku menyorok je balik tiang ehehe.


sampai je kat luar, kawan cik amin dah ready jemput kitorang, uncle Alimas (kalau aku tak silap eja lah). dengan anak-anak dia pun ikut jemput, siap dengan anak saudara sekali. haha hebat tak hebat hospitality tuan rumah?


dengan sebuah van dan kereta 4x4, kitorang pun bergerak ke rumah diorang tempat kitorang nak menginap. ada lah dalam sejam perjalanan nak sampai ke rumah tu. lalu lah dekat bandar dia, rasa macam jakun betul.




tapi feeling dia macam dalam cerita p. ramlee dulu-dulu tu. 70's, 80's gitu. maybe sebab reka bentuk bangunan, rumah dia pun memang stail lama-lama. tak ada lah bangunan dia urban gila, avant garde apa benda tu semua. dia relax je old school semua. kebanyakan stail bertudung kat situ pun fesyen yang aku nampak macam zaman retro sikit kalau kat malaysia lah.




budak kecik dua orang tak nak kalah minum air oren campur kaw



mama excited during the journey to Kg Kasat


sampai je kat rumah, ada lagi orang yang menyambut. anak kepada uncle Alimas itu tadi. anak-anak dia pun memang walaweyh! macam dah biasa sangat menyambut tetamu sebab ramah and tak kekok layan orang datang. malu aku, sebab kalau tetamu datang rumah, aku lari lintang pukang bagi mak ayah yang handle sebab tak tau nak lepak chill macam diorang ni. fuh respek respek.




tengoklah, sampai orang dewasa pun khusyuk dengar diorang beramah mesra. ngeh.






petang tu, kitorang semua plan nak tidur sekejap, buat lepas penat. tapi hampeh. elok-elok nak pergi jalan, memang ke laut lah kitorang semua dibuai mimpi.


aku dah agak dah ini yang akan terjadi, memandangkan semua orang bangun awal amat pagi tadi nak kejar flight.








Oklah cerita pasal tidur, aku pun dah mengantuk. sambung nantilah. zzzz




















































1 bombings:

Adilah Zulaikha said...

woootttt brunei!! hehe seronok la dia :D
farah, next time isap gula2 pun bole for ur ears hehe :p

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.