Cara Taiko

alkisah suatu malam,

aku dan beberapa kawan pergi join lepak dengan budak rumah kanak-kanak. bukan apa, kita kena ajar cara melepak yang betul kepada budak-budak zaman sekarang

- iaitu dengan menyiapkan homework diorang huahuahua.

sebab taiko kan, mana boleh memilih nak ajar subjek apa. apa diorang sorong, kau sapu je. 
kata power. 

nak jadi cerita, ada pulak sorang budak ni sorong buku arab kat aku. 
ah sudahhhh
aku tak reti arab untuk kanak-kanak beginner ni, aku terus belajar advanced yang communication arab 'amiyah tu je haaa power kan kan kan?

aku tanpa segan silu
terus menyorong buku teksnya ke arah memberku yang sorang lagi
budak sekolah agama, arab terer punya, konfem.
inikan pula soalan budak sekolah rendah yang langsung tidak mencabar tahap pemikirannya.

sekali,
buku tu kena sorong balik kat aku.

aiseh
fine lah.
berbekalkan kosa kata arab yang boleh dibilang dengan jari dan tidak boleh dibanggakan,
aku pun meneliti buku teks tu dengan sungguh teliti. 
(huyyoo arahan dia pun dalam arab wehh guane gua tak paham satu apa punggg yang dia nak)

sungguh

teliti

sehinggakan budak itu


bengang. dia pun terus ambik balik buku dia. dia belek-belek buku dia dengan dahi berkerut.
'bodoh, bodoh, bodoh, bodoh, bodoh, tu pun tak tahu!'
sambil terus membelek bukunya.


amboih. 
gua punya panas sampai cair meja tu wa cakap sama lu. 
member gua dah jeling gua bagi warning jangan buat hal kat tempat orang. 



taiko sekarang tak main belasah dah, pakai ayat je
'alah adik yang belajar, adik pun tak tahu'






budak tu 8 tahun, tak tau le dia paham ke idok.
tapi yang pasti, homework arab dia tak siap le mehmeh.




0 bombings:

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.