muntah lah muntah

trip kedua ke cosmoworld times square pun punah sikit sebab muntah jugak.
kat tempat yang sama macam tahun lepas pulak tu. kesimpulan dah la lepas ni duit tiket tu guna buat shopping ah. 
tak mungkin kut shopping boleh sampai muntah. tak mungkin punya.


balik macam biasa kaki nak melompat keluar dari badan tapi tendon masih berfungsi dengan baik.
penat woo. tapi seronokla woo.

 
belilah barang sekupang dua. hih masa pening loya macam mengandung tu berehatlah sebentar bersama kit kat, sekali ada seorang perempuan menjerit kuaaat sangat oi sampai aku tersedar dari tidur-tidur ayam, aku macam nak melatah je. perempuan mat saleh  *eh ke orang panggil minah salleh eh?* rupanya yang menjerit itu.

 aku toleh kiri. dia terkejut nampak seorang hantu ish. rasa macam nak melatah lagi, apahal encik hantu ni berdiri tegak je?
ok habis saspen. 

ha kurang sikit pening. 
hipotesisnya untuk mengurangkan denyutan di kepala yang datang sepakej dengan loya, kejutan yang berisipadu besar diperlukan. 

 

kawan aku sempat pulak ambil kesempatan, tahan sorang mat salleh yang hensem dari ramai-ramai kawan minah salleh yang menjerit tadi tu. 
selamba posing macam dah lama kenal! 
aku duduk je depan diorang, tak sempat nak enterframe otak beku tak nak ikut kata lagi.
tapi bagus jugak. 
sebab

masa nak keluar terserempak lagi geng minah salleh tersebut. mat salleh yang hensem tu ececeh senyum pulak.*padahal kau perasan sorang-sorang siapa tak perasan kau tidur tepi jalan orang lain sibuk pergi main ceh bising pulak*
mat salleh sorang lagi jeles nak join jugak tapi malu ah


HAPPY DEEPAVALI  my friends!

coretan: yeay rumah heaven!


2 bombings:

adilah said...

hahaha I remember that day..lepas turun drpd shuttle tu..terus jer muntah..hahaha tp tu sbb bru jer lps mkn..kli ni mkn dulu ke?

jari | jemari said...

tulah kan.
tapi..kte ada makan apple pie je punnnn... ish

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.