on broga hill

assalamualaikum.


ok dah lama betul sebenarnya entri ni. tapi tak mengapa usah dikenang barang yang lepas ohoooo nyanyilah pulak. seronok panjat-panjat bukit ni tapi bukan selalu ada peluang. sebab kadang-kadang peluang ada, geng pulak tak ada. geng ada, duit pulak tak ada. haa kan banyak cabaran tak gitu? hik hik


rupa broga ni memang rupa bukit lah. penat dia memang penat ah! belum panjat gunung pun dah psycho padahal berangan kalau boleh everest pun nak pergi tsk tsk.


yang paling mengangakan untuk budak baru macam aku ni la kan, ialah kecerunan bukit nak ke puncak broga tu! gila. lebih kut 45 darjah.









ala nak upload banyak-banyak tapi bermasalah pulak.




ok dah sampai tempat yang cerun yang amat tu pun dah termengah-mengah macam apa tah, bila nampak kecerunan tu, rasa macam dah tak nak naik lagi dah. cukup lah di sini. tapi kat bawah tu pemandangan macam tak lengkap la. 
lagipun,
tanah kat situ macam bahaya je, ada lah dua tiga tapak nak berdiri. jadi kalau nak duduk tengok pemandangan bagi sedap sikit memang tak sesuai. maka, aku menggagahkan diri untuk naik sikiiiiiit lagi (padahaaaaal... =.=)


yeay! sampai pun kat puncak. heheh sebenarnya tu baru puncak pertama. ada lagi tiga! woah berangin amat-amat! tapi sebab lambat, langit dah cerah. tapi pemandangan dari atas tu masih cantik jugak, tak delah terus tak nampak apa pun.
feeling dia ala-ala dalam cerita hindustan. angin sepoi-sepoi bahasa, lalang tinggi-tinggi, siap dengan kabus lagi. tinggal nak bergolek je hehe







gambaq-gambaq pecah je la yang aku mampu tunjuk. dah bertahun upload tak nak jugak elok, biaq pi lah.
memang seronok! wuhui!


ada lah dalam 45 minit ke sejam, lebih kurang. ramaaiiii gila ada kat situ. almaklumlah, broga hill ini dah dicanang serata alam, nak kata tak famous tu famousla jugak.


budak-budak muda tu tak payah cakap la kan, memang mendominasi. tapi yang umur 40-an pun ada, silap-silap mak cik-mak cik tu sebenarnya umur 50 (tak pun lebih!) tapi awet muda. gila. 


ada sorang mak ni angkut anak-anak dia naik atas, macam pergi supermarket je. anak dia ada lah dalam 8-10 tahun, relax je naik atas, muka tak penat langsung. aku dah "amboi, terer betul!"


dan dan dan, masa aku tengah mengambil masa duduk berehat-rehat menikmati bayu yang berpuput tenang itu, ada pulak sekumpulan lelaki, siaplah dengan beg hiking segala. maka, bila dah melintas depan aku, mestilah pandang kan kan? heheh.
ok, mula-mula nampak sorang tu, eh eh cute. tetapi, pakai shorts yang terlalu pendek pula. lepas tu nampak sekali imbas tu semua geng tu pakai seluar pendek (ada la jugak three-quarters), er tapi yang sorang tu memang pendek betul. jadi aku dah tak nak tengok la kan. 
tapi macam tau-tau, boleh pulak mereka itu berhenti seketika membincangkan langkah seterusnya depan aku ye, depan aku. 
maka, 
aku kembali melihat muka mereka sorang-sorang ehem ni pun bukan merenung ye, sekali imbas sahaja, sekian terima kasih. 
ye diakui memang la agak boleh tahan muka masing-masing, tetapi perlakuan mereka yang seperti perasan lebih-lebih pulak orang tengok membuatkan aku rasa euwwww. tiba-tiba, mereka jadi macam tak normal ish ish. 


adoi, ni lah bahaya bila perasan. 
memanglah orang pandang diorang, tapi sebab utamanya sebab diorang bermusyawarrah tengah-tengah alam dan mereka juga bergaya metroseksual sedangkan mereka sebenarnya mendaki bukit. heshhh.




sebenarnya, daki bukit ni salah satu aktiviti dalam satu kem yang aku ikut ni, Global Peace Volunteers. memang strangers habis la orang yang pergi kem ni, aku tibai je ikut. tapi ada lah sorang kawan ikut sama.
macam nama dia, memang kem ni untuk sukarelawan lah. fyi, ada banyak negara dalam kem ni tau iaitu Malaysia, Indonesia, Chad, Somalia, Bangladesh, Mongolia, Kashmir and Fiji. fuh! 
maka, adalah aktiviti volunteer yang kitorang buat sekitar broga tu. cari sendiri woo nak buat apa. terkial-kial jugaklah, jadi akhirnya kitorang membantu kat kedai mamak dan kedai auntie buat mee heeee






menarik menarik. ha jadi ada sapa-sapa nak join? klik sini kalau nak tau.






p/s: tak bestnya uploader tak jalan wuwuwuwu








3 bombings:

mama ju said...

Aslkm

Hehe mama dah baca...tulislah lagi..

Kh0| said...

hehehe...
ei prasan..
nice entry..

jari | jemari said...

mama: heheh tak boleh masuk jugak gmbar

khoi: ehem :D

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.