kepayahan bila ada bodyguard

kan best kalau ada bodyguard yang jaga kita ke hulu ke hilir, macam dalam movie tu, kalau ada orang nak buat jahat je, terus bodyguard belasah sampai lembik tulang orang jahat tu. haha.


tapi hakikatnya?

hakikatnya, itu semua tidak lah best macam yang kita (err..ye la tak semua) angan-angankan. 
yes. betul! sebab privasi. wah. I mean, privacy. 

baru jalan selangkah, ada orang ikut. belok kiri, bodyguard pun belok kiri. belum belok kanan, kaki bodyguard dah ready nak belok baik punya. 
walaupun bodyguard tu niat dia baik, dan ada usaha nak jarakkan diri daripada kita dengan berjalan lambat dalam dua langkah setengah, 
perasaan diawasi tu sangat dirasai! 

bila rasa macam tu, mestilah 'Oh ok, aku kena jalan elok-elok', 'Oh ok, aku tak sentuh benda ni, aku tengok dari jauh je', 'Oh ok, aku takkan pijak carpet ni ganas-ganas', dan lebih banyak lagi 'Oh ok,...'.
jadi, kita tak dapatlah nak buat apa yang kita nak. and by this, I don't mean doing bad things. Cuma perkara-perkara biasa, tapi kita malu nak buat kalau ada orang perhati, lagi-lagi dengan muka yang tertera 'Haippp jangan buat benda bukan-bukan!'

sudahlah ada bodyguard, ada pulak assistant suruh buat itu, pegi sana, pegi sini. 
Hai apalah nasib badan hidup ada bodyguard. Rimas kan?


Eh kejap,
kau ada bodyguard? Seriously?!



Sebab kitorang (aku, adik dengan mama) pergi rumah PM. nampak tak kepentingan ada bodyguard tu? haa.

kira macam VIP la.
polis sebagai bodyguard ada dua, guide dia pun dua orang. so keseluruhannya, kitorang diiring oleh empat orang sepanjang berada kat situ. 





Kehkeh. Apa kes marhaen yang tak ada kepentingan ni ada bodyguard apa semua ?! 


dah nama pun rumah PM, mestilah kawalan ketat hahah. 

ceritanya, mama bercadang nak jenguk rumah PM sebab kali terakhir pergi masa aku sekolah rendah. sekali buka hari ni, so apalagi. 
tapi dah tak ada pelawat lain, maka kitorang bertiga saja. 
selalunya hujung minggu, tak ada guide tapi entah mungkin rezeki and mungkin sebab kitorang ada banyak sangat soalan (especially my mom), jadi ada guide lah pulak. 

pak cik polis sorang tu ikut je kitorang macam bayang-bayang. huuuu bayangkan, walaupun aku tengok je (serius, tangan aku elok je kat belakang) frame gambar yang ada permata-permata tu, rasa macam aku dah terjatuhkan frame sampai jadi serpihan pulak bila polis tu mengekor. 
peh.
itulah. orang besar-besar tu dah tak rasa apa dah bodyguard sekeliling. aku pulak, rasa macam nak cakap 'Shuh, shuh, pegi main jauh-jauh boleh? Aku tak nakal-nakal, janji.'



kitorang ambik gambar pun, polis tu tenung macam nak pecah skrin kamera tu (walaupun dia curi-curi tengok, tapi kantoi busuklah dengan aku hahah). untuk pastikan kitorang tak ambik gambar tempat yang dia tak kasi, iaitu rumah PM, yang memang dia duduk kadang-kadang.


er gambar tu nanti-nanti aku post. tak menyempat nak cucuk usb. tata!





update!




gambar kiri dengan kanan tak boleh ambik, rumah PM tu secreto






1 bombings:

Kakzakie said...

Mama link ke blog ini tapi mama punya lagi banyak gambar...

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.