Short Getaway to Penang Ayy!

tak tau lah pasaipa la yang payah benooo nak menulis. 


tapi kalau tak tulis, sayang. lupa semua, baru tau nak tulis. baiklah *mula menaip dengan gigih


Ada satu benda ni aku dengan kawan-kawan aku suka buat. confirm semua orang excited serta-merta hehe - travel planning. 

selalunya perbualan macam ni keluar time-time semua orang stress atau pun otak tengah tak nak jalan buat assignment. berbincang dengan hangat. bila dah excited, baru sambung kerja. motivation, orang kata aiseh.

tapi tahun ni, planning punya planning, tak ada satu pun yang nampaknya akan terjadi. tiba-tiba, housemate aku menyarankan untuk pergi ke pulau pinang, pi tidoq rumah kawan kat sana (amboih terus cakap utara nampak) lepas habis exam. aku pun mengatakan ya - berfikir lama jugak sebab ramai yang tak dapat ikut, tapi aku tak ingat aku ada pergi penang before this. yang aku ingat cumalah mak aku memberitahu trivia bahawa jambatan pulau pinang adalah jambatan terpanjang di asia tenggara iaitu sepanjang 13.8 km (as of 10 years ago maybe?). seriously, memang tu ayat mak aku. aku rasa, kalau ayat tu yang keluar, maksudnya masa tu mestilah kitorang semua naik kereta tengah lalu jambatan penang kan, tapi aku tak ingat zzzz.

maka, sehari selepas exam berakhir, kami bertiga memulakan perjalananan dengan menaiki bas pada jam 9.15 pagi. nak dijadikan cerita tragik, pagi tu boleh pulak kitorang terlajak tidur, pukul 7 baru bangun. ambik kau kelam kabut. nasib dah habis packing semua, kalau tak . . . dahlah peak hour, second train lrt baru boleh naik. dah berdebor dah, ni sempat ke nak sampai pukul 9 ni heyyy. tapi usah khuatir, bas tu ikut jam janji melayu, tulis pukul 9.15, 10 baru dia jalan (dia dapat instict kut kitorang lambat bangun hehe). 


so perjalanan lancar, pukul 2.30 sampai butterworth. dalam bas pun ada berapa kerat je orang, jadi sepanjang tu tido bangun tido bangun je lah. 
turun dari bas, nampak orang semua hidung mancung je, sahlah. we are now in penang! 
tuan rumah ni, kitorang panggil Baby. comey kan nickname? hahahah. parents Baby pun jemputlah kami ke rumah mereka di Kg Dua, kalau tak silap aku. petang tu tak de buat apa lagi, biasakan diri dengan atmosfera bilik ja lah. sempat aku baca KL Noir, tapi buku tu dark sangat sampai penat aku baca. last-last, aku surrender, ajak Baby pegi jalan keliling kampung lah walau pun dah pukul 6. Boo (ngam la tu, nama masing-masing macam panggil boyfriend mat salleh), sorang lagi ahli pengembaraan ni sedang berada di alam lain, nak kejut pun macam tak payah sebab nak jalan keliling rumah je kan. tiba-tiba, ternaik kereta lah pulak he he ampun Boo.

this is it - baby's house. luas sangat. 





so pegi lah tengok-tengok, sekali lalu bendang. cantiknya, subhanallah! hijauuuuuu sepanjang-panjangnya. aku pun mengambil kesempatan nak ambik gambar sikit, langit dah cun, senja. bergegas jugaklah sebab dah nak maghrib, orang pun nak balik semua dah. boleh pulak masa aku bergurau dengan Baby, ada pulak sorang sedara ni lalu sebelah dengan motor dia nak balik maghrib, balas senyum aku. siap angguk-angguk lagi tuuu. aku dah pelik, langkah aku makin cepat, dah kena sindir tu oi dah nak maghrib oi!

lawa scenery dia. tapi bijak sangat pi tangkap gambar lopak sapa suruh -.-

Baby. paham-paham sendiri la mana datang nickname tu kehkeh

malam tu, mak Baby masak lagi untuk kitorang. siang tadi, masa sampai pun kitorang dah dijamu. dah la masakan dia, pehhh. malu jugak kalau pikir. tapi tak dan nak pikir lahh. lagi satu, mak Baby rajin cakap, tapi masalahnya aku tak dapat tangkap. laju gila kut diorang cakap, dah lah loghat dia asli punya. bila mak dia tanya, aku confirm kena ada pause tiga saat before jawab. tapi jangan risau, aku still suka orang bercakap dalam loghat utara hehe. 


esoknya pegi meneroka kawasan seberang prai je dulu. baru warm up katanya. pagi-pagi breakfast kat kantin sekolah parents Baby. er tak pagi jugaklah, dah pukul 10 lebih baru sampai breakfast ka lagi tu? ha kat situ, kawan-kawan mak Baby yang urus kantin tu bercakap semua aku tak dapat tangkap, aku ye kan aje dengan sengih lebar, ampun mak cik. jalan-jalan sikit, makan-makan sikit. 

godaan terhebat 

masjid ni adalah masjid ayah Tun Abdullah Badawi.
rumah bercat biru lembut ni lah rumah Tun Abdullah Badawi. masih terjaga, siap berpadlock besaq lagi haaa

kekecewaan apabila sampai ke Taman Rekreasi Pantai Kamloon ehei

bangku pun dah rupa khazanah negara dah ni

yang ada cuma sekumpulan lembu kat sana-sini. seram jugak, orang tak ada langsung, ni semua lembu jadian ke?





attempt to sleep in a tent failed miserably. ended up broken. sebab apa? tu khemah budak kecik, tapi 3 budak dewasa tak sedar diri berhimpit dalam tu hahah



hari seterusnya yang paling perlu dihighlight - a visit to Tanjung (local calls it tanjung, we call it Pulau haha). mengambil iktibar daripada kejadian semalam yang bermalas-malasan sampai keluar rumah pun lambat, lepas subuh terus kitorang bersiap (tapi paham-paham je la perempuannn). breakfast kat kantin lagi hehe macam-macam ada bak ang. 

ok mula-mula, kami menuju ke tanjung dengan menaiki feri. first time ni naik kereta pahtu naik feri lagi haaa power betul. ada nak dekat sejam jugak kut tunggu nak naik feri, tapi sekejap je dah sampai tanjung. it's ok, sempat jugak merasa angin atas feri, tengok laut dengan percikan dan obor-obornya heh. 


sesampainya kami di tanjung, kitorang pun pegilah jemput dua tour guide sejati tanjung. Baby tak sejati sangatla, semalam pun kitorang yang support dia harung jalan haha. so mula-mula, pegi makan dulu dekat medan selera depan stadium, sebab tour guide lapar, walaupun kitorang baru lepas melantak kat kantin tadi ekeke. dalam tak nak makan tu, aku kongsi makan jugak mi rebus ke mi jawa hmmm dengan ais jagung. bolehlaaa. orang kata, makanan jadi super sedap bila perut lapar. 


nampak? tour guides happy gila jumpa makanan


next, terus pergi Bukit Bendera! dia siap tulis kat signboard, if you have never been to Penang Hill, you have never been to Penang! and then i heard my tour guide friends mumbled, dia dok penang tapi lambat baru pi naik bukit bendera, ha cane tu? hehe. 

sebagai student, tiket masuk adalah RM 4. kalo takdak student card, up sikit  lah harga jadi RM 8. 

jalan paling slowlah, konon nak menikmati. masuk dalam coach, berdebar sikit. quite a number of arabs and mat sallehs. tapi tour guide kata nasib belum cuti sekolah, kalau tak packed gila dengan budak sekolah. kat atas tu, berangin je, nyaman je. nampak la seluruh pulau, rumah-rumah, jambatan yang kedua tu, ada satu temple kut, menyerlah gila warna oren dari jauh nampak dah. 









LULZ


jalan punya jalan, sampai kat satu tempat - ada playground, kuil ada, masjid ada dengan ada satu church. kitorang duduk-duduk sekejap, sekali dah azan. ingatkan nak terus turun, tapi rintik-rintik pulak. kebetulan ada sekumpulan saudara muslim semua pakai  kopiah lalu depan kitorang, haaa terus kitorang pegi solat dulu dekat atas. air sejuk gila, kat luar rintik-rintik pulak. 

elok je habis solat, hujan pun berhenti. nampak tak? dipermudahkan. jalan-jalan sikit lagi ambik gambar apa yang patut. hehe masa balik terserempak pulak dengan sorang mat salleh in a white uniform. our guess, he's a navy. tapi hensem bak anggg budak-budak ni semua dok curi tengok kerling sekejap. aku terdengar jugak dia cakap bahasa bunyi macam german ke rusia entah, anyway they sound greek to me. 
sekali nak turun, ada anjing pulak nak naik tangga. yang aku dengan lin dah lepas, tiba-tiba tengok diorang dah kena naik balik, sebab anjing tu makan jalan gila, macam tak betul pun ada. 



hehe



khusyuk sangat tengok mat salleh, ambik anjing duduk mengekor heheh. (sebenarnya hari sebelumnya ada tragedi ditakutkan oleh anjing, tapi tu cerita nantilah) 

kalau nak naik atas lagi pun boleh by foot or buggy. RM30 for buggy with 6 seats. pak cik tu terus cakap 'ala dik, sorang 5 ringgit. murah tu,' bila nampak muka kitorang yang kudus ni. and memang tour guide berdua tu cakap tak padan jalan, memang penat gila mendaki. tapi masa dah suntuk, so kitorang decide untuk turun. 

street art pioneer maybe?
                                        
next is Pasar Chowrasta. ni request special dari mak aku (fyi, mak aku plan nak pegi Penang jugak. so semua tourist attraction places semua mak aku dah google habeh dah). budak-budak penang ni pun berpikir la jugak kat mana Chowrasta ni. depa dok kata, " orang dari luar penang yang tau lebih tempat-tempat macam tu, orang penang tak dan nak tau." 

tu la, mak cheq guna google hihi.




guess you're wrong







Chowrasta tu merangkumi the whole street, ada banyak blok kedai jugakla -macam jalan TAR punya stail. pasar tu biasala, jual tshirt, keychain, souvenirs, jeruk Pak Ali (hat ni satu lagi mak aku pesan). tapi mak aih dia punya penjual tegar betul, tak nak kasi diskaun langsunggg! aku nak beli seluar yang stail pantai gitu, ada la sepuluh ringgit satu. dah aku nak beli banyak, masuk yang Boo dengan Baby nak, sampai 6 haa. kitorang mintak diskaun seringgit dua ja, dia tak layan langsung. dah lah selamba siap suruh datang balik beli kat dia kalau nak seluar tu lagi! huyyy berasap aku. NOT AGAIN! kedai tu satu level dengan secondhand book shops. pehhh bila pikir balik, memang hangat aku rasa. 


tujuan utama pegi situ adalah nak cari secondhand book shop tu lah. akhirnya jumpa. fuyyooo memang banyak gila bukuuuuu. kitorang tanya dulu buku apa yang ada. tuan kedai masa tu tengah kemas buku-buku dia, semua tuan kedai pakai mask sebab buku lama kan. dia pun sebut la nama-nama penulis yang tengah up macam jodi piccoult, sophie kinsella, paulo coelho, setakat yang aku dapat recognize la. buku baru RM20. fuuuuhhhh terus aku ambik satu. 

nak bagi bertenang sikit, aku usha pulak kedai sebelah-sebelah. sekali betul-betul level mata aku ada buku The Tales of Beedle Bard. memang aku tak dapat bertenang, buku tu pulak cuma 15 ringgit. kalau yang kat Kino mau telan RM50. lepas tu aku cuba cari Catching Fire from The Hunger Game series untuk ufah, malangnya dia jual set je. dah nak cekau mana pulak duit ni. aku dah la travel under budget yang ketat, kira macam show Destinasi Bajet kat tv9 dulu tu la konon.  jalan lagi, mana tau ada yang kena. 
look at the staacckkss!




tapi baru aku nak cari buku Harry Potter yang first (alang-alang kan, kerana, biarpun aku sorang Pothead, sejarah pembabitan aku adalah dengan meminjam buku kawan. maka sehingga hari ni buku first tu tak ada lagi dalam koleksi peribadi eceh), aku perasan yang diorang semua dah dok bertenggek kat ujung nun tunggu aku siap. alamak gaya macam dah lama je tunggu tu. aku pun bergegas lah . . . sikit hehe.

oh ya, sempat jugak kitorang pekena cendol tepi jalan. dekat satu lorong tu ada dua warung. dua-dua customer tak berhenti. pehhh untung betul. dah la hari panas. mula-mula nak share, tapi lepas tu, ahhhh sedap kottt haha. sebelum balik dari situ, aku sempat beli gajus dalam paket, 4 ringgit, sebab teringat abah aku. aku beli dua paket je, takut over budget hehe. tapi sedappp! mak aku siap kata, murah! awat tak beli banyak? (mana pulak mak aku keluar cakap utara)

                                     

kemudian, kami bergerak ke padang kota lama. ada padang luas, tepi dia ada bangunan majlis perbandaran penang yang cukup stail, klasik. sekali tengok, aku teringat tempat tu macam singapore. dah la situ mat salleh ramai betul. ada basketball court lagi, tapi player dia ramai mat salleh je, dengan chinese sikit. penonton barulah local yang ternganga tengok 3-pointer oleh player mat salleh berjambang merah tapi cover dengan melihat hanya dengan kerlingan hujung mata. 




cool

ada fort cornwallis yang dibuka macam muzium. tapi kitorang sampai situ pukul 6.50, dia tutup pukul 7. tak sempat la gamaknya. so duduk la kejap tengok pantai, tengok orang main bola lol. lepas tu, sempat aku pegi masjid kapitan kejap ambik gambar hehe yang lain tunggu dalam kereta. dah rasa macam amazing race pulak kejar masa macam tu. banyak betul tv show aku enter frame hari ni hahaha.




malam lagi rancak

dah maghrib, tour guide aku pun mengundur diri. drop off diorang before kitorang naik feri balik. tapi lama gila mak ngah tunggu feri tu hei. dari 7.40 sampai 8.30, bergerak satu spot je. bayangkan kitorang punya boringgggg. sekali dah bergerak, ada pulak kereta-kereta di sisi yang nak cocok. adoi. baby dah tak sabar, dia motivate boo habis-habisan suruh boo speed.  boleh pulak kereta itu membuat scene pulakk. dia dah la nak masuk line, berhemah le sikit. dia cucuk la sikit, pah tu boleh dia hon tak berhenti. bayangkannnn. elok-elok ada orang lembut hati nak bagi, terus semua kereta speed je, tak bagi can. 

pah tu baby still panas hati. terus komen. kitorang ingat tu kereta family, sanggup bapak dia hon macam tu sekali depan anak dia tsk tsk. rupanya, driver adalah seorang gadis muda, bersama-sama kawan-kawan dia. -.- patutlah daring sangatttt.


sempat jugak pegi pasar malam, walaupun pasar tu dah nak tutup lagi setengah jam haha. 
malam tu bertolak balik kl pukul 1. ada pulak mamat rambut lawa wehh, macam dalam iklan gittew. sampai kl pukul 4.30 pagi, kaki kejang, tak reti tido lagu mana. dok la kitorang merempat kat pudu. tidur tepi jalan haha. rupanya ramai orang kat depan pudu pagi-pagi, naik bas. 

pagi tu, kitorang terima kenyataan nak mengejutkan orang tidur pakai phone ni payah betul. patutnya kawan tu ambik pukul 6, tapi pukul 7 baru dia sedar. 

gambar local tourists yang diambil oleh tourist dari Indonesia heh

overall, memang best. 
abah aku tanya, berapa rate nak bagi trip pegi penang ni, over ten? aku cakap 7.5. sebab satu, peniaga dia huuuu. lagi satu, drivers kat situ hooo semua daring tahap langit ketujuh. ada 3 kali kut, aku sakit jantung kereta masuk macam gitu je. ada satu motor yakin je pecut walaupun kereta tengah laju nak straight hoooo. memang sakit dada aku. 


sekian, destinasi bajet dan amazing race kali ni. 





asfsllkfhldkh ni aku malas tulis ni, panjang berjelaaaaaaaa!




2 bombings:

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.