Sawah Berpenunggu Taring Kejam

ni lah cerita hari sebelumnya, masa ronda kat sekitar butterworth.


jalan punya jalan, kitorang dapat satu idea nak pegi taman rekreasi pantai kamloon. ikut signboard je lah. (dahlah taman rekreasi tu dah ditinggal orang, sadis betul.)
so here we go. 

masuk satu simpang, dalam tu sawah bendang terbentang sehingga ke hujung alam. baby drive straight je sehinggalah jalan jadi makin kecil dan tidak ada satu kelibat pun kereta yang kelihatan. risau mula terpancar di raut wajah masing-masing. ah tapi siang terik, tak apa. 

sekali ada sorang uncle naik motor dengan isteri dia, chinese. tapi jelas dia membanting tulang bawah panas mengerjakan padi, kulit dia gelap. uncle tu kata kena patah balik. 

sebelum patah balik tu, nampak sawah yang cantik hijau. sayang la kalau tak bergambar. hijau cantik, matahari pun tengah cantik. tanpa segan, kami pun berhenti di bawah teduhan pokok rendang, berdekatan dengan sebuah rumah kayu sederhana. 

apa lagi, ambik gambar sana sini. sempat jugak melompat-lompat. 









right before panic hits

sekali, suasana tenang dipecahkan dengan gonggongan anjing yang berterusan. buntang mata semua orang! aku menuju ke baby, meninggalkan boo di belakang. 

boo panik, 'Jangan tinggalkan aku!' dilaung tanpa henti, dengan ton yang semakin meninggi. alahh lagi la anjing tu menyalak beria-ria. memang masa tu, anjing-anjing dari rumah tu dilepaskan dari rantainya dan berlari menuju ke luar rumah, dekat sangat dengan kereta yang diparkir di bawah pokok. 

aku - ah sudah! macam mana ni? cepat pergi kereta! cepat! kita kena guna kereta kalau nak selamat dari kena kejar anjing ni!

baby - mati lahhh! takkan nak lari sampai hujung dunia kut!

boo - batu mana batu?!


masalahnya, semua panik and buntu. pergi ke kereta adalah idea yang kurang baik sebab anjing tu memang kat situ! gila ke apa! dan kalau diikut idea baby untuk lari sampai habis sawah, alamatnya jadi makanan anjing lah kami hari tu. idea boo tak sempat disampaikan kerana tersekat dalam mindanya sendiri tatkala ditinggalkan oleh aku di atas batas sawah.

anjing-anjing tu tunggu je dekat dengan kereta sambil menderam halus. dalam berapa saat yang kami rasa anjing tu bertenang, kami buka langkah seribu menuju ke kereta. dengan segera, pintu dikunci. 

dalam kelam-kabut, aku nampak tuan rumah tu keluar depan pintu dengan anak dia yang dah dewasa. diorang buat muka macam tak ada apa berlaku. sampaikan masa kami nak berundur, konon nak angkat tanganlah, nak berbudi sikit la dah kalau kami dianggap mengganggu, tapi mereka masih tidak mempedulikan kami. aku agak mesti diorang puas gelakkan kitorang bila masuk dalam rumah. 

haih kejam gila kut, kitorang ambik gambar semata-mata. walaupun aku mengaku kitorang salah, tapi kitorang tak rosakkan apa pun. 








rasa takut, sedih, sadis, panik bercampur-baur. *nyanyi Budi Bahasa Budaya Kita






0 bombings:

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.