Brunei: Day 2 in Miri (kata Brunei?!)

second day started at 3.30 a.m.
awal teramat kan? bukak-bukak je mata, mama, atok dengan nyayi dah siap mandi dah semua O.O 
pukul berapa diorang bangun ni?! 

aku melentuk ke sana ke sini atas katil tu sebab tak nak terima kenyataan dah kena bangun. otak aku automatik terus mengira masa kalau aku tidur dalam setengah jam lagi pun sempat aku nak siap before subuh. sebab subuh pukul 4.45, iaitu lebih sejam lagi. 
tapi, last-last aku merangkak jugak pergi toilet dengan mata tertutup, takut kena tinggal kalau lambat hahah. nasib baik bukak pintu bilik terus dah jumpa toilet. kalau tak, silap-silap boleh tidur tengah alam, lagi horror kalau sambung tidur bilik orang lain mheheh.

dah siap subuh, alas perut sikit. rumah dia senang sebab dia dah ready boiler yang tinggal tekan tu je. instant cofee in sachet pun dah ready kat tepi, tea pun ada! snack pun ada! biskut keras pun ada! fuh mini self-service bar. senang jugak macam ni ek.

kemudian, muncullah bas yang nak mengangkut kami semua. mula-mula rasa macam bapak over nak kena naik bas bukannya ramai mana pun rombongan ni.
tapi,
pada hari yang berkenaan, keputusan menyewa bas tu adalah sangat perlu. takdelah bas yang panjang macam bas ekspress balik kampung tu pun.



ta-dah!




Perusahaan Talat. Talat? Macam pernah dengar kan budak Kusess? heh


getting all geared up
budak kecik tak menyabar


kan? takde lah besar mana bas dia. bayangan aku melampau sangat heheh.
so bertolaklah ke Miri, Sarawak, a place where we can call and text without extra charges! lol tu je sebab dia?


taklah, dah alang-alang dekat, pergila sekali.
bukan selalu orang semenanjung boleh sampai kan. BUT, there's always a but in every occasion it seems hmmm.
lama gila nak sampai sana. bertolak dalam pukul 7, sampai nak dekat miri nak masuk pukul 11. 
4 hours I tell you!


dalam jangka masa tersebut, pada mulanya aku excited.
lepas tu, oh cantiknya pemandangan!
oh sedapnya angin!
oh
oh 
oh




zzzzz


and everybody else in the bus slept away, except for the driver.


bangun sekejap, lapar pulak. so sambil tu discover kuih-muih yang dibekalkan oleh tuan rumah. (see? diorang sangat memahami, tau kitorang akan boring, mengantuk dan, semestinya lapar dalam bas ni)


jadi sambil makan, apa yang kita boleh buat?


menganalisis tahap kelenturan atau keanjalan daun yang membalut kuih. sampai nama kuih tu pun dah tak ingat. nampak apa yang penting?


keanjalan, bukan nama kuih.








yang ini sudah tidak dapat diselamatkan lagi, walaupun yang lain berhabis-habisan berebut kuih


akhirnya, tibalah ke... 


kastam.
before nak masuk Miri kena pergi kastam dulu. dijangkakan ramaaaaai orang, sekali...
kitorang je la. alhamdulillah lah jugak sebab tak sesak. 



mama sangat teruja nampak sign 'Bertolak' ni. 
siap tanya, ' ni nama tempat ke apa?' 
lol bila mama keluarkan soalan macam tu, aku fikir takkanlah. tapi, boleh jadi jugak ek.

ternyata,
'Bertolak' adalah . . .

bukan nama tempat. Teehee.

you wouldn't want to know things they made us do there. you DO NOT.

hahah anyone, please fall into that trap. malas nak taip. so . . .
skip that part.

setibanya di Miri, driver bas yang bertindak di bawah sedar pengaruh  arahan Adek (have I mention she is the host's daughter?) stop dekat satu santuari buaya err Crocodile Farm!

masuk-masuk je, sepupu yang genit-genit itu bertanya, mana buaya?



ya, saya ada di sini, jawab Pak Ya.
peh bayangkanlah kalau kat dalam kolam tu ada buaya jenggulkan kepala. lari lintang pukang semua! silap-silap aku terus pandai drive bas.




the crocodile was like 'Hey! Glad y'all come here!'


crocodile tu nak jugak orang layan dia. kan? kan? Kannnn?



lepas bergambar dari segala penjuru buaya penyambut tetamu tu, kitorang pusing-pusing je. harga tiket 20 ringgit, er tak pasti duit brunei ke duit malaysia. 
naik semula atas bas. to the town and beyond!


pusing-pusing bandar.
dan orang-orang dewasa membuat keputusan untuk berhenti di kedai kraf tangan. you know, to get something particularly different from what we can get in KL.

like this

tapi ni ada kut.


yang ni . . . hmm




stop dulu. 
day 2 will be continued soon (might take up to a week, given the amount of procrastination I always fall into *sigh)






3 bombings:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
It's good to see the world. So many things to see, something different from our place.

Unknown said...

Cantik skirt farah! :)

Unknown said...

Salam sis. Boleh tau mcm mana book bas tu?

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.