lauk telur masak kunyit, tuan-tuan dan puan-puan!

inilah pose kegemaran aku dan abah aku. ha abah orang lain ada buat macam ni? *ayat bongkak*

ucapan teristimewa dari tok ayah aku.


hari bapa tahun ni menarik.
buat aku adik-beradiklah,
orang lain aku agak tak ada kesan pun.

begini kisahnya, mak aku balik kampung, biasalah cuti sekolah adalah urusan kahwin sana, orang kahwin sini. jadi tinggallah ayahku di rumah menjaga kami adik-beradik. cuma adik bongsu saja jadi peneman mama balik kampung. adalah dalam lima hari mama kat kampung. aku dah takut dah, nak makan apa mama tak ada ni?

ayah aku dah lama bercerita pasal lauk kegemarannya, telur masak kunyit. mama belum pernah masak lauk tu, sebab selama ni yang dicanang, hanya abah yang pakar masak lauk tu. jadi masa nilah yang sesuai. abah pun bersemangat nak masak lauk tu, abah nak masak macam Chef Wan katanya bhahaha.

kelam-kabut jugaklah dapur. tapi akhirnya dapatlah kitorang merasa lauk telur masak kunyit khas buatan abah.

sedap!
pujian tanpa unsur bodekan ni tau.

yelah lauk paling dinanti-nantikan abad ini.
abah aku dah cerita benda ni mau dekat sepuluh tahun, mungkin lebih.
dan baru tahun ni terhidang.
tak ternilai!


hari seterusnya, abah siang ikan pulak. aku dan adik buat macam mama selalu buat, guna pisaulah kan. abah guna cara sendiri, guna tangan je.

"Abah dah 20 tahun tak siang ikan ni, hebatlah ni," terkejut kitorang. punyalah lama!


sekali, sepupuku datang menziarah. masa ni, abah masak kari sardin pulak. yang penting abah memang ada gayalah! disebabkan kami semua tukang masak profesional (tak tipu ni..) untuk hidangan tetamu yang ramai, kami memasak adalah dekat dua jam. sampai sakit kaki. siap-siap hidang, tengok-tengok sepupu aku dah tidur, menunggu makan malam tak kelihatan. kahkah.

sesungguhnya, aku, dan aku percaya adik-adikku juga,
kagum dengan abah aku.
memang tak cukup mulut kitorang nak bercerita kat mama.
mama pun gelak-gelak je dengar.



lepas ni, mama tak masaklah dah kan? abah ada.

coretan : datanglah rumah. boleh rasa lauk istimewa abah aku.



3 bombings:

mama ju, said...

Salam anakanda

Mama dah abah dah baca. Tergelak besar kami...keluar air matalah ...lawak sangat.

Bukan 30 th sebenarnya 20 je...

jari | jemari said...

oh yeke? dah betulkan. heee

Anonymous said...

funny....he2..uncle Razi

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.