edisi kambing

mood bercerita bermula lagi.baiklah tuan-tuan dan puan-puan.

ok pertama kali kerja ni. jadi biarlah nak cerita panjang lebar yeh. bagilah can.




katering, atau pengurusan makanan.
ni pun ikut nabil, bolehla kerja jap, bukan ada apa pun kan. plus, upah tu yang paling menggoda tu. tak banyak pun, tapi adalah duit masuk. fuh macam gila kering je kan.


dua tiga hari sebelum kerja tu ada jugak perasaan gugup gagap gementar. tak pernah lah katakan.
mak aku asyik cakap pasai benda-benda yang menakutkan, bos garang, kena teriak tengking, kena angkat berat-berat, kena buli dera sepak terajang dan banyaak lagi.jadi mestila cuak cuak wei.

nak kerja hari ahad. petang sabtu dah pegi melapor diri. sabtu petang sebenanya, eh nak malam dah pun sampai situ.
turun dari ktm, pak cik bos pun ambil kitorang guna van. segerombolan ni berkobar-kobar nak kerja haha.
kira kagum la, sebab katering pak cik tu memang nampak macam dah er kukuh (?), established la orang kata.
rumah pekerja kat belakang. dah nampak macam rumah sewa, dua tingkat. tingkat atas untuk peramu saji wanita (waitresses, common name) yang muda-muda, tingkat bawah sang peramu saji lelaki dengan tukang-tukang masak. rumah ni untuk yang muda-muda.


satu lagi rumah untuk yang emm lebih berpengalaman. ni mak cik, isteri kepada pakcik yang bagitau tau. bukan i yang reka-reka cerita okay y'all. *er pelik tak, panggil bos pak cik? masalahnya, semua pekerja, semua ya, pekerja kat situ panggil bos tu pak cik. dan automatiklah isterinya digelar makcik. kalau aku, pelik tu. tapi sebab tak ada efek kat makanan, jadi takpelah*



ha lepas mak cik tunjuk tempat tidur, terus dia ajak kitorang ramai-ramai tenaga baru ni ke kandang kambing.
eh?




maka mengekorilah kitorang akan mak cik itu ke kandang kambing tersebut. yang terletak betul-betul di belakang rumah pekerja. sebelum sampai kandang, pakcik tanam pokok limau, ada pokok betik, ada batas baru nak tanam biji. fuh efisien.

kambing tu adalah dalam 50 ekor kut.

suka kambing-kambing tu aku datang tengok huahua suka hati. comel je anak kambing kecik-kecik. mak bapak kambing dah tak larat layan tetamu, buat muka tak hairan dah.
sempatla cuit-cuit kambing kejap, lepas tu masuk maghrib. masa kitorang nak balik rumah pekerja, boleh pulak kambing-kambing itu berpakat membuang najis kecil bersama-sama. jadi air menitis-menitis jatuh ke tanah.

nasib baik ke tanah.


i comel. boleh senyum kambing. you boleh? gambar encik Google le.


malam tu tak tau nak buat apa. generasi Y mati kutu tak ada internet. bagus jugak ada tv. akak-akak yang dah kerja lama kat situ tak layan tv. jadi kitorang la menghiburkan diri depan kotak hidup tu sambil kunyah biskut cecah air teh (tu pun ada akak tu yang buatkan...hehe)


pukul 10,
dah dapat panggilan dari mem besar kat rumah. suruh tidur =.=
jadi
aku pun masukla tidur dalam setengah jam lepas tu, sebab rasa macam payah bebeno nak tidur awal. maklumlah dah lama sangat tinggal habit gitu.


lepas tu,
















bersambunglah. tak cukup dakwat dah ni.





coretan: baru cerita pasal nak pergi. belum kerjanya lagi... hush.

3 bombings:

Kh0| said...

weh.. post sblm ni, ko cakap x nak cakap..
ni banyak pulak ko ckp..
hehehe~~..
keling x ayat ak..

jari | jemari said...

eh bukan aku cakap malas ke? bukan tak naklah.

sebaik sahaja entri tu published, aku terus bersemangat nak menaip. jadi janganlah jeles yeh yeh?


nanti kau bosan nak buat apa kalau tak baca blog ni... hoho

Mrs Nurul said...

KAMBING TU SWEET LAA KAN BESTT KALAU LEH JADI B0IPREN AKU

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.