Cerita pasal melatah

Melatah: satu fenomena yang hanya dijumpai di Malaysia. Adik aku kata, kejadian ni dipanggil 'cultural phenomenon', sebab mat salleh atau orang Mongolia atau pak arab tak ada pulak melatah lagu ni. Pelik jugak kan?

Aku mula-mula jumpa orang melatah kronik masa umur aku 16, masa camping unit uniform. Satu kontinjen bergerak dalam satu bas. Entah macam mana boleh pulak terkantoi sorang manusia ni kaki latah. Dah nama pun budak sekolah, memang rata-rata semua dok sakat dia. Tapi kesiannn. Sebab dia melatah tu panjang dan lama sampai orang yang tengok je rasa penat. Bila dah sedar, dia pun kata penat, buat muka tagih simpati supaya orang tak kacau dia lagi. Tapiiii mana bolehhhh, budak lelaki lagi suka sakat ada lah.

Budak ni budak India perempuan. Aku kehairanan jugak lah sebab tak pernah jumpa lagi orang bukan Melayu melatah masa tu, walaupun aku ada ramai jugak kawan bukan Melayu. Tapi budak tu kawan dia ramai Melayu, melatah memang cakap Melayu full, lancar dan fasih gitu. Asal nak naik bas, kena cucuk. Dah melatah dalam 2 minit depan tangga. Nak turun bas pun kena, dah bersilat depan bas. Serius kesian, budak perempuan semua stok pukul jeling budak-budak lelaki yang nakal-nakal tu. Memang meriah la bas tu hari-hari walaupun penat macam mana pun aktiviti yang kitorang buat. Aaa rindu pulak kat diorang ni. Entah apa lah cerita masing-masing, harap-harap budak perempuan India tu dah kurang la melatah dia.

Baru ni, aku pergi sebuah shopping complex dengan adik-adik aku (dah cerita kat Instagram, tapi alang-alang dah cakap pasal topik ni, nak masuk jugaklah). Kitorang memasuki sebuah lif untuk turun. Dalam perjalanan turun, lif berhenti dan tiga orang manusia bersusuk lelaki masuk. Aku jeling hujung mata je, sebab lif tu cermin sepenuhnya, memang nampak kalau kita buat apa pun hatta merenung kening sendiri sekalipun. Dari hujung mata aku, nampaklah lelaki bertiga ni macam diva sikit gaya diorang. Yang sorang tu sanggul tinggi betul, dengan pakai shades lagi (dalam lif ye kawan-kawan). Lagi pulak, bila dalam lif tu diorang bertiga je yang bersuara. Yang lain dengar je lah kan. Gaya bercakap tu lembut sikit, dengan dialog seperti berikut:

Lelaki A: ... Iphone aku crack bla bla bla.
Lelaki B: *gelak kecil* Hipster sangat. Macam ada kat Instagram ni, "my Iphone cracked I feel like hispter from Brooklyn" *sambung gelak
Lelaki C: *butir kata tidak dapat ditangkap

Sekali, lelaki A, entah macam mana, time diorang tengah berbual tu, terjatuhkan sesuatu. Bunyi dia kuat betul. Cuak jugak la aku barang sesaat dua.

Lelaki A: *terjatuhkan sesuatu
Lelaki B: Oh mak kau tengkuk! Apa benda yang jatuh tu?
(Aku berusaha sedaya upaya untuk menahan diri daripada menoleh seterusnya mentertawakan dia, daripada pantulan cermin yang sempat aku kerling, lelaki bersanggul tinggi tu adalah lelaki B, suara dia serak basah sikit, macam suara Chef Adu pun ada)
Lelaki C: Maruah kau.

Pehhh. Aku memang pandang depan je ni. Tapi terbatuk pulak. Dahla aku je bunyi yang muncul selepas lelaki C yang sassy tu bersuara. Tapi, aku maintain muka selamba, lelaki yang berdiri betul-betul depan pintu lif muka blur je, yang lain dah tersenyum-senyum dah.

Aku confirm, orang lain pun nak tergelak dengar. Keluar je dari lif, aku dengan adik-adik aku apalagi bantai gelak.

Hadui.

Baru ni, aku pergi beli air tin kat vending machine a.k.a mesin gedegang (power betul orang Malaysia bagi nama) kat satu masjid. Beli macam biasa lah kan, dah masukkan duit, tekan yang mana pilihan qalbu. Aku tak perasan ada orang menunggu kat belakang. Aku tekan la satu button.
Gedegang! *bunyi lebih kuat dari biasa
"Oh mak kau jatuh!" Satu suara tiba-tiba muncul dari belakang aku.
Ada sorang mak cik rupanya tengah tunggu.
Bila aku toleh, muka dia serius je, macam tengah marah pulak dengar bunyi gedegang kuat.
Aku bingung, jadi aku cakap, "Eh kuat pulak. Tak perasan ada orang tunggu," sambil sengih. Tapi hampa, kerana mak cik tu masih lagi bermuka ketat. Kbye lah mak cik.

Penat tengok orang melatah, tapi ada jugak yang pura-pura melatah kan? Tak taulah apa niatnya, tapi kalau melekat, kan dah susah nak buang?

Cheers.


0 bombings:

 

Flickr Photostream

Pretty Icons

Meet The Author


So, yeah.